Rabu, Februari 09, 2011

Dunia Akhir Zaman

Buang anak. Bunuh anak. ‘Makan’ anak. Bersuamikan anak. Itulah tanda dunia akhir zaman, kiamat semakin dekat. 

Realitinya kita masih rakus meratah hasutan iblis, umpan syaitan dan secebis bangkai hati sendiri sehinggakan kita tidak kenal saudara kita, tidak tahu dosa pahala, tidak mahu belajar muhasabah. Hakikatnya, bangsa kita Melayu roboh, layu dan lemah. 

Bangsa Melayu akan begini sampai kiamat selagi apa yang terjadi terus diamalkan dan tanpa disedari kita telah berada di alam lain selepas alam dunia ini, nauzubillah. Selagi kita tidak tahu pengertian kita yang sebenarnya, selagi itulah bergelumang dengan kemelut pada hujung masa. 

Renung sejenak saudara semua, adakah bangsa lain bermusuh sama seperti Melayu sedang buat sekarang ini? Ramai yang membuka pekung di dada sendiri. Melayu hanya satu, Islam juga hanya satu. Melayu Islam sebenarnya Melayu beragama Islam yang sudah meninggalkan kita yang hidup ini, kerana Allah lebih menyayangi mereka. Andai kata Melayu Islam benar-benar wujud dengan mengikut kehendak Allah sebelum kita mati atau sebelum kiamat, nescaya bala lain pula menimpa bangsa Melayu meskipun Melayu Islam bersatu. 

Hidup ini pasti ada dugaan daripada-Nya dan itulah kebesaran-Nya dan tiada mampu menghalangnya. Kita ini ada yang pandai cakap tetapi tidak tahu buat. Ada yang tahu buat, tetapi tidak pandai bercakap. Sebab itulah kita sama, tetapi tidak serupa. Yang pandai cakap dan tahu buat, dia hanyalah golongan minoriti. Golongan ini hamba Allah yang sebenar-benarnya. Jarang yang tahu dan kenal golongan ini kerana Allah yang menilainya. 

Sebagai renungan bersama kepada yang bijak berfikir, pandai berkata, cubalah cari jawapan kepada soalan yang masih menjadi tanda tanya iaitu kenapa dan mengapa Melayu Islam berpecah. Termasuk saya sendiri. Apa yang baik datang daripada-Nya, yang buruk itu daripada kelemahan saya sendiri. Wallahua’lam. MELAYU SEJATI. 

Rakyat dikejutkan lagi dengan kenaikan harga petrol RON 97 sebanyak 10 sen kepada RM2.50 seliter mulai awal Februari. Rakyat mendakwa kenaikan harga petrol itu pastinya akan diikuti dengan kenaikan harga beberapa jenis barangan keperluan lain. Seperti dijangkakan, harga bawang juga berlaku kenaikan disebabkan faktor cuaca. Apa pun, rakyat perlu sentiasa bersedia. Bajet perbelanjaan masing-masing, supaya tiada yang mati kebuluran. SUKA BERJIMAT. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan