Sabtu, Mac 05, 2011

HARI KELUARGA PEMANCAR TERENGGANU - 05 MAC 2011

Tahniah kepada semua AJK Pemancar yang terlibat menjayakan Majlis Hari Keluarga PEMANCAR Terengganu yang telah diadakan di Rhu Muda Beach Motel, Kg. Rhu Muda, Marang, Terengganu.  Disamping itu juga pihak Pemancar mengucapkan jutaan terima kasih kepada Penguasa Kanan Bomba Terengganu Tuan Mat Hussein yang telah merasmikan Pasukan Bomba Sukarela Cawangan Kuala Nerus dan juga YBhg Dato' Ramli Embong yang telah menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang sukaneka yang telah diadakan.  Dibawah ini diperturunkan sedutan gambar-gambar yang berjaya dirakamkan bermula pada petang 04hb. sehingga 05hb. Mac, 2011 jam 1800 hrs.

Ketibaan AJK Hari Keluarga



Jumaat, Mac 04, 2011

3,600 guru bakal terima komputer riba


TERENGGANU - Seramai 3,600 guru Tahun Enam sekolah rendah di negeri ini bakal menerima komputer riba secara berperingkat-peringkat, dalam tempoh terdekat ini.

Pengagihan itu adalah kesinambungan pemberian kemudahan itu di mana pada 14 Februari lalu 800 guru Angkatan Kerja Rajin dan Mulia (Akram), menerima kemudahan tersebut.

Pada tahun ini, seramai 4,400 guru di seluruh negeri akan menerima komputer riba selaras dengan hasrat kerajaan memperluaskan penggunaan peralatan teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) di sekolah-sekolah rendah seluruh negeri.

Awasi kes tipu perbankan Internet


Pelanggan perbankan Internet dinasihatkan supaya berhati-hati kerana penipuan melibatkan perkhidmatan tersebut terutama Maybank2u meningkat lima kali ganda pada tahun lalu.


Penolong Pengarah Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Asisten Komisioner Kamarudin Md. Din berkata, sepanjang tahun lalu, polis telah menerima sebanyak 353 kes penipuan dengan kerugian sebanyak RM1.2 juta membabitkan perbankan Internet.


Khamis, Mac 03, 2011

Kerajaan negeri tanggung kos pelajar balik ke Mesir

Dato’ Seri Haji Ahmad Said mengumumkan bahawa mesyuarat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) hari ini memutuskan untuk membiayai kos penerbangan balik semua pelajar dari Terengganu yang pulang ke negeri ini bulan lalu.

BERITA BAIK UNTUK PELAJAR TERENGGANU YANG MENUNTUT DI MESIR. Kerajaan Negeri akan menanggung sepenuhnya kos penerbangan balik mereka ke Mesir, termasuk yang belajar di negara itu secara persendirian.

Permainan tradisional dihidup kembali

Kerajaan negeri akan menghidupkan semula semua jenis permainan tradisional yang ada di Terengganu agar warisan berkenaan terus hidup dan bertahan untuk tatapan generasi akan datang.

“Negeri kita kaya dengan pelbagai permainan tradisi dan seni warisan ini mampu menarik minat orang ramai serta pelancong luar untuk datang ke Terengganu,” kata Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri, Datuk Abdul Rahin Mohd Said.

Rabu, Mac 02, 2011

Tempoh diskaun bayaran kompaun trafik dilanjut 10 Mac



PUTRAJAYA: Tempoh pemberian diskaun bagi bayaran kompaun kesalahan trafik yang tamat kelmarin dilanjutkan sehingga 10 Mac ini. 

Perkara ini diumumkan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, sebentar tadi.

Awas BlackBerry akan meletup ?????


SEMASA kolum ini ditulis tiba-tiba telefon BlackBerry saya, yang kononnya telefon pintar dan ditakuti oleh ketua-ketua kerajaan Arab, crash. Crash bagi kapal terbang bermakna terhempas dan mungkin semua orang akan mati. Bagi telefon, ia membabitkan sistem aplikasinya yang crash.

Pelbagai cara dilakukan untuk memulihkannya, namun setakat ini tidak berjaya. Permukaannya berwarna putih dengan tulisan kecil yang tertulis App Error 523.

Yang paling membimbangkan saya ialah data-data, imej-imej dan hampir 2,000 nombor telefon (konteks urusan kerja dan kenalan) yang berada dalam telefon itu, mungkin akan hilang terus. Silap saya kerana alpa untuk membuat backup dalam PC atau sync ke dalam e-mel. Namun, usaha menyelamatkannya sedang diusahakan oleh juruteknik Celcom, Fauzi di Blue Cube Sunway Pyramid.

Stradling Bus: Inovasi tercanggih bas dari China

Kelihatan seperti LRT, tetapi bergerak di jalan raya. itulah Stradling Bus yang di reka oleh China. Sebenarnya debut atau pengenalan rekaan Stradling Bus ini telah di buat tahun lepas lagi. Cuma tak dapat di pastikan samada telah beroperasi atau belum. Saksikan.


 

Info:


1. Berkapasiti memuatkan sehingga 1200 penumpang.
2. Beroperasi dalam bandar sejauh 40km
3. Mengurangkan keseakan trafik sehingga 30%
4. Menggunakan kuasa solar dan elektrik.

Apabila Kita Ketagih Hiburan

Assalamualaikum semua...


InsyaAllah... pada hari ini ana akan berkongsi satu artikel yang menarik untuk dikongsi oleh semua...


Hiburan. Istilahnya sahaja sudah menyeronokkan kerana ia mengingatkan kita untuk relaks dan bersantai. Menurut Kamus DBP, hiburan itu sesuatu yang menyukakan dan menggembirakan hati. Ia juga adalah sesuatu yang menyeronokkan yang mampu mengalih perhatian, mengikut Kamus Merriam-Webster pula. Melihat kepada maknanya, hiburan itu suatu aktiviti yang ringan.


Namun, oleh kerana ia menggembirakan, maka hiburan menjadi rekreasi kegemaran yang akan dilakukan oleh kebanyakan daripada kita. Meskipun pada mulanya hiburan adalah sesuatu yang sampingan, oleh kerana ia menjadi minat manusia yang meluas, maka hiburan menjelma menjadi satu industri.

Selasa, Mac 01, 2011

Pengguna internet di Terengganu paling tinggi.


Terengganu mencatatkan pengguna paling tinggi di wilayah Pantai Timur melanggan perkhidmatan jalur lebar sekaligus membuktikan masyarakat di negeri ini `celik IT’ dan semakin berkemampuan.

Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, berkata perkembangan positif ini membuktikan rakyat di Terengganu tidak ketinggalan dengan arus pembangunan terutama berkaitan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT).

Terengganu cari imam pelapis untuk masjid mukim


BESUT 28 Feb. – Terengganu mencari imam pelapis yang layak dan mampu bertugas di masjid mukim di seluruh negeri itu bagi memastikan pengurusan solat serta aktiviti keagamaan yang dilaksanakan menepati matlamat.

Mufti Negeri Terengganu Datuk Alias Abdullah berkata pihaknya terpaksa berhati-hati memilih imam yang bertugas di masjid mukim kerana mereka perlu memenuhi kriteria yang ditetapkan seperti fasih membaca Al-Quran serta memahami rukun dalam agama.

Beliau berkata pada masa ini, kira-kira 85 peratus daripada lebih 1,100 imam masjid mukim sedia ada terdiri daripada mereka yang berumur lebih 60 tahun.

"Kita perlu mencari barisan pelapis kepada imam-iman berusia ini agar pengimarahan masjid dapat dilaksanakan dengan sebaiknya,” katanya kepada Bernama hari ini.

Terdahulu, Alias menyampaikan ceramah sempena Sambutan Maulidur Rasul peringkat Pejabat Pelajaran Daerah Besut di Dewan Wisma Persekutuan Kampong Raja di sini.

Beliau berkata melalui proses temuduga pengambilan imam mukim yang sedang berjalan di seluruh negeri, hampir 70 peratus daripada calon tidak memenuhi kriteria.

Alias berkata mereka tidak fasih membaca Al-Quran, tidak mendalami hukum Islam serta tidak mampu daripada segi fizikal dan mental.

Katanya, mereka yang terpilih akan ditempatkan sebagai imam di masjid mukim dan dibayar elaun bulanan sebanyak RM800. - Bernama

Isnin, Februari 28, 2011

Aturcara Majlis Hari Keluarga 05/03/2011

  1. 0745 - 0900 hrs - Pendaftaran / Taklimat
  2. 0945 - 1230 hrs - Acara Sukaneka Kanak-Kanak/Remaja 
  3.                           - Pameran dan Jualan
  4. 1230 - 1400 hrs - Rehat / Makan tengahari / Solat Zohor
  5. 1400 - 1600 hrs - Acara Sukaneka bersambung (Keluarga)
  6.                           - Klinik Peralatan / Pameran / Jualan
  7. 1600 - 1700 hrs - Pelancaran Komunikasi Bencana dan ECRT
  8. 1700 - 1800 hrs - Upacara Penutup dan Penyampaian Hadiah oleh YDH Dato' Ketua Polis Trg.
  9.                           -  Bersurai

MESYUARAT AJK HARI KELUARGA PEMANCAR SIRI 3

Mesyuarat telah diadakan pada 27 Feb 2011 mulai jam 2100 hingga jam 2350 di Kedai Panel, Kg. Seberang Takir, Kuala Terengganu, Terengganu.






Ahad, Februari 27, 2011

Zoo Bukit Takal Gamit Pelancong



Bukit Takal yang dulunya diselubungi hutan rimba, makin dikenali ramai, khususnya di kalangan pelancong kerana di situ terdapat Taman Rekreasi dan Mini Zoo yang menempatkan pelbagai spesies haiwan.

Sehingga ini, terdapat lebih 200 ekor haiwan terdiri daripada 74 spesies, ditempatkan di zoo berkenaan.  Bilangan haiwan ini akan ditambah dari semasa ke semasa mengikut keupayaan pihak pengurusan zoo.

Amaran MBKT buat pemilik haiwan degil

KUALA TERENGGANU - Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) akan mengambil tindakan tegas terhadap penternak lembu yang didapati masih berdegil membiarkan ternakan itu berkeliaran di atas tanah perkuburan Cina milik Persatuan Hainan dan Persatuan Guang Dong Terengganu di Jalan Pusara di sini. 

Ketua Unit Persekitaran MBKT, Suzaimi Mazlan berkata, tindakan tegas terpaksa diambil rentetan aduan daripada kedua-dua persatuan itu yang tidak berpuas hati dengan tindakan segelintir pemilik lembu yang membiarkan haiwan itu bebas berkeliaran di kawasan tersebut, yang didakwa sudah berlarutan sejak pertengahan tahun lalu lagi. 

Cadangan @ aduan secara SMS


23 Febuari 2011- Pihak Ibu Pejabat APMT Negeri Terengganu telah menyediakan satu sistem untuk kemudahan orang awan membuat cadangan atau aduan secara terus kepada pejabat DUN/Parlimen bagi setiap kawasan dalam Negeri Terengganu.

Bagi kawasan DUN Seberang Takir, Kod yang digunakan adalah APMT11. Sekarang sesiapa sahaja boleh memberi cadangan atau aduan kepada Pusat Khidmat Masyarakat Dun seberang Takir dengan cara sms melalui telefon bimbit anda. hanya dengan cara menaip APMT 11(jarak)cadangan@aduan(jarak)nama anda dan hantar ke 32886, cara yang mudah dan ringkas.

PERANGI DENGGI


Seberang Takir : 21 Februari 2011 Satu majlis perasmian bengkel denggi telah diadakan bertempat di Klinik Kesihatan Seberang Takir jam 3.00 petang. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Pegawai Pembangunan DUN Bukit Tunggal iaitu Tuan Haji Ismail Bin Nik. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pegawai Pusat Kesihatan Seberang Takir iaitu En Azmi, Timbalan Pengerusi Panel Klinik Kesihatan Seberang Takir iaitu Haji Hussein bin Muda serta kakitangan Klinik Kesihatan Seberang Takir.

Kerajaan Lulus RM10 juta Tingkat Kemudahan Hospital Kemaman


Kementerian Kesihatan meluluskan peruntukan RM10 juta bagi menaiktaraf pelbagai kemudahan di Hospital Kemaman, dalam usaha menyediakan lebih banyak kemudahan kesihatan dan menaiktaraf kesihatan rakyat, khususnya penduduk di daerah berkenaan.