Ahad, Februari 27, 2011

PERANGI DENGGI


Seberang Takir : 21 Februari 2011 Satu majlis perasmian bengkel denggi telah diadakan bertempat di Klinik Kesihatan Seberang Takir jam 3.00 petang. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Pegawai Pembangunan DUN Bukit Tunggal iaitu Tuan Haji Ismail Bin Nik. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pegawai Pusat Kesihatan Seberang Takir iaitu En Azmi, Timbalan Pengerusi Panel Klinik Kesihatan Seberang Takir iaitu Haji Hussein bin Muda serta kakitangan Klinik Kesihatan Seberang Takir.


Dalam ucapan yang disampaikan oleh Encik Azmi, beliau telah menyatakan bahawa Kementerian Pendidikan misalnya telah mengadakan gotong-royong serentak di semua sekolah di seluruhMalaysia. Justeru, pentingnya pihak guru dan sekolah mengadakan aktiviti gotong-royong di sekolah. Hal ini keranademam denggi merupakan sejenis penyakit bawaan vektoryang menjadi masalahutama kesihatan awam sejak kebelakangan ini. Setiap tahun kejadian demam denggi yang dilaporkan mencecah angka yang amat membimbangkan.

Dalam ucapan yang disampaikan oleh Tuan Haji Ismail bin Nik, beliau telah menyatakan bahawa pihak kerajaan sangat mengambil berat bagi membanteras denggi. Justeru, peningkatan aktiviti kawalan perlu diperhebat bukan sahaja melibatkan Kementerian Kesihatan namun juga Pihak Berkuasa Tempatan. Selain itu, beliau juga menyatakan bahawa peranan dan penglibatan masyarakat adalah amat dituntut demi membendung kejadian wabak denggi.

Pada masa yang sama, beliau juga mengingatkan agar masyarakat pada hari ini tidak bergantung harap sepenuhnya bahawa tugas mencegah demam denggi adalah tanggungjawab Kementerian Kesihatan Malaysia dan Pihak Berkuasa Tempatan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan