Jumaat, Mac 15, 2013

PM Bubar Parlimen Hari Ini atau Minggu Hadapan?


Apakah Perdana Menteri akan mengumumkan pembubaran Parlimen esok, hari jumaat 15 Mac 2013? Walaupun tarikh ini popular bagi membolehkan Pilihan Raya Umum diadakan pada cuti sekolah hujung Mac ini namun tanda-tanda tersebut tidak begitu jelas.

Khabar angin ini dikuatkan lagi dengan andaian DUN Johor akan terbubar secara otomatik pada 21 Mac 2013. Ramai orang terkeliru dengan maklumat yang tersebar di ruang siber bahawa DUN Johor akan terbubar pada 21 Mac 2013. Sebenarnya DUN Johor akan terbubar pada 21 April 2013 kerana itu merupakan tarikh angkat sumpah Ahli Dewan Undangan Negeri Johor dan juga merupakan persidangan pertama DUN Johor.

Selasa, Mac 12, 2013

Satu kenaikan gaji tahunan untuk penjawat awam


Kerajaan hari ini bersetuju untuk memberi semua penjawat awam faedah pemindahan gaji sebanyak satu kenaikan gaji tahunan (KGT) yang diawalkan pada 1 Julai 2013, kata Dato' Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata ini bermakna setiap penjawat awam akan mendapat kenaikan antara RM80 hingga RM320. 


"Langkah itu akan melibatkan perbelanjaan sebanyak RM1.5 bilion," katanya pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam ke-13 bertemakan 'Transformasi Perkhidmatan Awam, Merealisasikan Wawasan 2020', di Putrajaya.