Sabtu, Februari 05, 2011

GEJALA ROSAKKAN REMAJA

KADAR kelahiran anak tidak sah taraf di kalangan wanita Islam di Terengganu telah mencapai tahap membimbangkan. Menurut Jabatan Pendaftaran Negara Terengganu, tahun 2010 sahaja seramai 623 bayi yang dilahirkan di luar ikatan perkahwinan di negeri itu.

Daripada angka itu, seramai 132 bayi dilahirkan dalam bulan Mei dan September iaitu ‘hasil’ daripada aktiviti seks bebas sempena menyambut Hari Kemerdekaan dan sambutan Tahun Baru.

Jika angka ini dicatat di Terengganu sahaja, bagaimana agaknya di negeri-negeri lain?

Agak menghairankan kerana yang paling ramai terjebak dalam masalah pembuangan bayi dan kelahiran anak luar nikah ialah orang Melayu beragama Islam terutama daripada mereka yang masih remaja dan bersekolah.

Sungguh menyedihkan kerana di sebalik aktiviti penguatkuasaan Jabatan Agama Islam yang kerap dan pelbagai inisiatif lain, masalah ini terus merebak menjadi barah.

Saya cadangkan kerajaan bertindak tegas dengan menyekat akses pengguna kepada laman web porno seperti yang dilakukan oleh negara lain.

Akses Internet kepada laman web lucah di Malaysia sungguh mudah. Taip sahaja ‘Seks Melayu’ maka akan terpampang beribu-ribu pautan kepada laman web lucah yang boleh diakses oleh orang dewasa dan kanak-kanak.

Saya juga menyarankan agar sambutan mengira detik pukul 12 tengah malam untuk sambutan Hari Kemerdekaan dan sambutan Tahun Baru ditiadakan kerana ia lebih banyak mendatangkan mudarat daripada manfaat kepada remaja.

Khamis, Februari 03, 2011

Rogol anak: Bapa dipenjara 80 tahun, disebat 40 kali

Go to fullsize image
KUALA LUMPUR 2 Feb. – Seorang bapa dihukum penjara 80 tahun dan sebatan 40 kali oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas empat tuduhan merogol anaknya yang berusia 15 tahun pada bulan lalu.

Dia dijatuhi hukuman tersebut selepas mengaku salah di hadapan Hakim Sekeri Mamat. – Utusan

Lebih 7,000 pelajar kita di Mesir berjaya hubungi - KPT

Go to fullsize image
KUALA LUMPUR 2 Feb. — Kementerian Pengajian Tinggi setakat ini berjaya menghubungi lebih 7,000 daripada 11,319 pelajar Malaysia yang menuntut di Mesir dan kesemua mereka kini berada dalam keadaan selamat serta terkawal.

Menterinya, Datuk Seri Khaled Nordin berkata baki pelajar lain yang tidak dapat dihubungi merupakan pelajar dalam bidang pengajian Islam dan tinggal di Mesir antara lima dan lapan tahun.

"Kita tidak dapat menghubungi mereka kerana kebanyakan mereka tidak berdaftar... yang pelajar perubatan kita tahu kerana sebahagian besarnya ditaja,” katanya dalam sidang media selepas melancarkan Biasiswa Endowmen Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di sini hari ini.

Sehubungan itu, beliau meminta ibu bapa dan keluarga para pelajar supaya menghubungi pegawai-pegawai kementerian untuk membantu usaha menyelamatkan anak-anak mereka.

Mereka boleh menghubungi Pemangku Ketua Pegarah Jabatan Pengajian Tinggi Malaysia, Prof. Dr Rujhan Mustafa melalui talian 019-270 8222, Pengarah Bahagian Pemasaran Pendidikan Dr Syed Alwee Shekh Alsagoff (019-752 0672) dan Ketua Penolong Pengarah Kanan Unit Jabatan Penuntut Malaysia di talian 012-931 6172. — Bernama

Rabu, Februari 02, 2011

Semak Keputusan Peperiksaan RAE 2010-4

Tarikh dan Masa Peperiksaan: 22 Disember 2010, Masa Peperiksaan: 2:00 Petang

SILA MASUKKAN NO. PENGENALAN DIRI CALON
No. K/P @ Kad Kuasa
:
contoh: 870312015163
BBBHHIKad Kuasa - RF12345 

disini:  http://rae.skmm.gov.my/

Rakan-rakan yang berjaya diucapkan tahniah dan tidak berjaya cuba dan cuba lagi.  Tarikh peperiksaan mendatang akan dimaklumkan kelak.

Selasa, Februari 01, 2011

Wanita ditahan jual air ketum

BESUT - 31/01/2011 - Tiga termasuk seorang wanita ditahan polis setelah dipercayai terbabit dengan penjualan air ketum.


Ketua Polis Daerah Besut, Superinten Kamaruddin Mohd Zakaria berkata, semua mereka yang berumur antara 22 dan 42 tahun itu ditahan oleh sepasukan anggota polis dari Bahagian Jenayah Narkotik yang melakukan Operasi Tapis di Kampung Kenak, di sini, semalam.


Katanya, dalam serbuan di sebuah rumah di kampung berkenaan, pihaknya merampas 460 bungkusan air ketum bernilai RM1,380 yang dipercayai untuk dipasarkan sekitar daerah ini dengan harga RM3 sebungkus. 


Kamaruddin berkata, rumah berkenaan pernah diserbu pertengahan tahun lalu dan pihaknya pernah merampas sejumlah air daun ketum siap diproses.-Bernama

Isnin, Januari 31, 2011

GAMBAR: TUJUH LANUN YANG DIBERKAS KOMANDO TENTERA LAUT TIBA DI PELABUHAN KLANG

TUJUH lanun yang diberkas komando Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) kerana cuba merampas kapal dagang MT Bunga Laurel di Teluk Aden, tiba di Pelabuhan Klang, pagi ini untuk didakwa.  Syabas anggota Komando TLDM.

Banjir: Perkhidmatan KTMB ke timur, selatan hari ini dibatal

KUALA LUMPUR, 31 Jan — Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) hari ini membatalkan beberapa perkhidmatan tren ke selatan dan timur Semenanjung berikutan kejadian banjir dan tanah runtuh di antara Bahau dan Tampin di Negeri Sembilan, hingga ke Kluang, Johor.
KTMB dalam satu kenyataan di sini berkata perkhidmatan yang terbabit ialah Ekpress Rakyat dari KL Sentral-Singapura/Singapura-KL Sentral, dan Ekspress Sinaran Timur dan Kuala Lipis-Singapura/Singapura-Kuala Lipis.
Bagi perkidmatan Gemas-Singapura, penumpang akan dibawa dengan bas dari Gemas ke Kluang sebelum meneruskan perjalanan ke Singapura, manakala bagi perkhidmatan dari Singapura ke Gemas, perkhidmatan akan berhenti di Kluang
sebelum penumpang dibawa dengan bas ke Gemas. 
Penumpang yang terjejas akibat pembatalan itu boleh membuat pertukaran tarikh perjalanan atau menuntut pemulangan tiket di kaunter KTM yang berhampiran, kata kenyataan itu.
Untuk pertanyaan, orang ramai boleh hubungi Pusat Khidmat Pelanggan KTMB di talian 1-300-88-5862.
Sementara itu Unit Komunikasi Korporat KTMB ketika dihubungi Bernama, berkata pihaknya akan mengeluarkan kenyataan media mengenai status terkini perkhidmatan tren di sektor terbabit dari semasa ke semasa. — Bernama

Stadium runtuh: Jurutera perunding didakwa tipu, berpura-pura jadi pemeriksa

KUALA TERENGGANU, 31 Jan — Seorang jurutera perunding hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen berhubung kes runtuhan bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak di sini pada Jun 2009.
Wan Manan Wan Ali, 51, mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan menipu dengan berpura-pura bertindak sebagai pemeriksa yang diiktiraf mengeluarkan dokumen bertarikh 15 Januari 2009 iaitu dokumen mengenai sistem teras bumbung utama dan kerja yang berkaitan dengannya, bagi cadangan untuk membina dan menyiapkan stadium utama atau kompleks Sukan Negeri Terengganu.
Kesalahan itu didakwa dilakukan antara 15 Januari dan 29 Mac 2009 di pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR) Terengganu.
Dia didakwa memberi dan menandatangani dokumen  berkenaan kepada Pengarah JKR negeri, Rosli Zainal, dan turut  bertindak memperdaya Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mokhtar  Nong, untuk mempercayai dia adalah pemeriksa yang diiktiraf.
Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 419 Kanun Keseksaan yang menetapkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya jika disabit kesalahan.
Hakim M.Bakri Abdul Majid menetapkan 17 Mac ini untuk sebutan semula kes dan membenarkan Wan Manan diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang  penjamin.
Tertuduh diwakili Wan Zainuddin Wan Musa manakala  pendakwaan dilakukan oleh Syafinas Shabudin daripada Suruhanjaya  Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). —  Bernama

Ahad, Januari 30, 2011

Lelaki moden tidak perlekeh wanita

SIAPA sangka perlawanan bolasepak Liverpool menentang Wolveshampton pada 22 Januari lalu, kini jaug melangkaui persoalan mengenai keupayaan pengurus baru The Reds, Kenny Dalglish atau mengatasi jaringan cantik Raul Moreiles yang dinanti selama enam bulan oleh penyokong fanatik kelab itu.

Perlawanan itu sebaliknya, dibayangi oleh isu luar biasa membabitkan pembantu pengadil wanita, Sian Massey. Wanita berusia 25 tahun ini tidak membuat sebarang tindakan yang pelik, malah satu keputusan pentingnya pada awal perlawanan telah membolehkan Fernando Torres menjaringkan gol pertama. Bila diteliti menerusi ulangan televisyen, ternyata Massey membuat keputusan tepat tidak mengangkat bendera tanda off-side.

Yang pelik dan off-side terpantul pula kepada mereka yang bukan berada di atas padang. Mereka berada dalam bilik khas dalam stadium dan bertugas memberi komentar yang didengar oleh jutaan penonton siaran perlawanan yang bermula 8.40 malam itu (waktu Malaysia). Richard Keys dan Andy Gray dilaporkan telah memberi komen yang mempersoalkan keupayaan Massey untuk memahami peraturan off-side. Akibatnya, kedua-dua pengacara veteran Sky Sports tersebut kini kehilangan jawatan masing-masing.

Masyarakat pelahap

AWANG tertarik dengan satu laporan dari Taiwan mengenai Presiden negara itu melancarkan kempen menurunkan berat badan di kalangan rakyatnya, baru-baru ini.

Menerusi kempen itu, Ma Ying-jeou berazam untuk membuang sejumlah 600 tan lemak badan di kalangan rakyatnya. Beliau sendiri sebelum itu berjaya mengurangkan berat badannya sebanyak 11 kilogram.

Awang terbayang kalau kempen yang sama dilancarkan di Malaysia, pasti lebih menarik. Ini kerana ramai daripada kalangan rakyat kita kuat makan, suka makanan berminyak dan berlemak serta suka makan tengah malam.

Lihatlah di bandar-bandar besar terutama di Lembah Klang, banyak restoran beroperasi 24 jam. Rasanya tiada negara lain yang mempunyai persekitaran sedemikian melainkan Malaysia.