Isnin, Januari 10, 2011

Mesyuarat AJK Zon Kuala Terengganu/Marang dan K.Nerus


Mesyuarat AJK Kelab Radio Amatur (PEMANCAR) Zon Kuala Terengganu, Marang dan Kuala Nerus akan diadakan pada 11 JAN 2011 jam 9.30 malam bertempat di Base 9M4CCM, No. 25858 Jalan Tengku Ampuan Bariah, Teluk Ketapang, Kuala Terengganu, 21300 Terengganu.  Semua AJK yang berkaitan dikehendakki hadir dan tidak diuzurkan.  Terima kasih.

Ahad, Januari 09, 2011

HATI-HATI LAH ANAK-ANAK KU !!!!!

Begini lah keadaannya ombak laut bergelora, menghempas pantai musim tengkujuh di perairan Pantai Rusila, Marang, Terengganu.  Rakaman dibuat pada 08 JAN 2011 jam 3.00 petang.  Sungguh menakutkan.... itu pun ada lagi anak-anak muda / remaja yang cuba untuk mendekatinya.  Ombak begitu marah untuk memerangkap manusia yang degil dan buat-buat tak mengerti erti kehidupan. Lihat lah....


Mangsa banjir di Kelantan meningkat

KOTA BHARU: Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan pusat pemindahan di Kelantan bertambah pagi ini berbanding semalam manakala keadaan banjir di Pahang dan Terengganu semakin pulih dengan jumlah mangsa di pusat pemindahan berkurangan. 


Di KELANTAN, jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan berkata setakat 8 pagi ini, empat lagi pusat pemindahan dibuka menjadikan jumlahnya 19 bagi menampung mangsa banjir yang meningkat kepada 1,571 orang daripada 438 keluarga berbanding 1,008 orang malam semalam.


Beliau berkata lima daerah yang terjejas banjir ialah Kota Bharu, Bachok, Pasir Mas, Tanah Merah dan Pasir Puteh.

"Daerah yang paling teruk terjejas banjir ialah daerah Pasir Mas dengan sebanyak 12 pusat pemindahan dibuka diikuti Kota Bharu (tiga pusat), manakala Tumpat, Tanah Merah, Bachok dan Pasir Puteh masing-masing satu pusat pemindahan," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.