Memaparkan catatan dengan label Kedai Panel. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kedai Panel. Papar semua catatan

Ahad, Ogos 07, 2011

KEDAI PANEL RADIO PEMANCAR KAWASAN BUKIT PAYONG


Bukit Payong 06/08/2011 - Sebuah lagi Kedai Panel untuk rakan-rakan Pemancar Kuala Terengganu telah diujudkan di kawasan Bukit Payong.  Kedai (Restoran Isma Murni) dimiliki oleh En. Hassan 9W2HAS beralamat di Batu 10, Jalan Bukit Payong/Wakaf Tapai, Marang, Terengganu.

Selasa, Januari 04, 2011

Kedai Panel

Restoran Merbau Seafood beralamat di Kg. Seberang Takir, Kuala Terengganu, adalah tidak asing bagi Warga Kelab Radio Amatur & Rekreasi (Pemancar) Zon Kuala Terengganu/Marang dan Kuala Nerus.  Restoran ini dikenali dengan panggilan Kedai Panel.  Tempat berkumpul menjamu selera serta menghilangkan dahaga bagi warga Pemancar.  Terdapat berbagai jenis makan laut yang enak-enak disamping makanan kesukaan iaitu 'Roti Canai' ala-mamak.  Restoran ini dibuka mulai jam 5.00 petang hingga lewat pagi.