Sabtu, Januari 29, 2011

Siasatan Lanjut ‘Connections’ Anwar & Kumpulan Pengganas Antarabangsa

AIDCNews – 28/01/11 – Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein telah mengarahkan pihak berkuasa agar menyiasat dakwaan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas antarabangsa.
“Saya telah meminta pasukan khas (anti) pengganas dan saya telah meminta Cawangan Khas, dan mereka berhubung dengan (agensi) risikan Saudi untuk mengetahui sejauh mana Anwar Ibrahim dikaitkan dengan kumpulan pengganas ini, katanya di Labis petang tadi
“Ini bukan isu politik. Ini adalah isu keselamatan, suka atau tidak kita mesti mengambil serius perkara ini, katanya lagi seperti yang dilaporkan The Malaysian Insider.

Jumaat, Januari 28, 2011

Video Terkini – Hangat - Ummi Membuat Lapuran Polis Lagi

Bermulalah Lembaran Baru Dalam Sejarah Malaysia
Be careful you newspapers people out there!
Is bloggers any different? Suing bloggers?
I will reserve my comment until the next turn of events.
I agreed with noorhasilahismail.blogspot.com that, there is nothing as unpleasant as a woman who has been offended ,
“Hell hath no fury like a woman scorned!”
“All hell will break loose”
VERSI YANG LEBIH TERANG DAN JELAS

Rabu, Januari 26, 2011

Kekuatan peribadi, akhlak bentuk pemimpin mulia

PENDEKATAN bersepadu memberikan kepentingan nilai yang berasaskan agama, budaya dan tradisi yang baik diungkapkan dengan bijaksana dan sifatnya merentasi kurikulum dan kokurikulum. 

Dalam konteks masyarakat berbilang kaum, proses kesalingan dan kekenalan atau litaarrafu perlu disuburkan. Ia supaya wujud proses menghargai dan menghormati nilai positif dan perbezaan. Dengannya juga bakal teradun nilai bersama yang menyumbang ke arah pengkayaan hati budi dan tidak bercanggah dengan faktor akidah dan syarak. 

Dikhuatiri lemas setelah terjun sungai

KUALA TERENGGANU 25/01/11 – Seorang lelaki dikhuatiri lemas setelah terjun ke dalam sungai di Kampung Pulau Bahagia, di sini malam tadi.
Bagaimanapun laporan kehilangan Khairul Hakim Dagang, 20, hanya dibuat pada pukul 3 petang ini di Balai Polis Manir.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu, Ismail Mat Hassan berkata, operasi mencari dan menyelamat dijalankan oleh 15 anggota termasuk unit skuba sebaik pihaknya menerima laporan mengenai kehilangan itu.
Lelaki itu dikatakan berada di tepi sungai itu bersama tiga lagi rakannya dan menurut laporan yang diterima, dia bersama seorang rakan terjun ke dalam sungai itu apabila terkejut dengan kehadiran polis, katanya ketika di temui di tempat kejadian hari ini.
Beliau berkata. pemuda itu dikatakan tidak tahu berenang, manakala rakan-rakannya dapat menyelamatkan diri. – Bernama

Selasa, Januari 25, 2011

Panduan Kecemasan Masa Darurat / Perang

Berikut merupakan panduan saya sebagai orang awam dalam perang (boleh juga digunakan untuk senario lain. Anggap sahajalah ini merupakan panduan ala Macgyver).


1. Jangan memakai pakaian yang menggambarkan anda ini seorang tentera atau mempunyai lambang tentera. Saya pernah hampir dapat masalah di negara orang kerana menyangka saya ini tentera disebabkan saya pakai topi PASKAL (my lucky hat) dan jaket hijau ala rain coat Vietnam War yang dibeli dekat Padang Besar oleh aruah nenek saya.

Mengapa Jiwa Positif?

FIKIRAN->KEPERCAYAAN->ATTITUDE->PERASAAN->

TINDAKAN/KELAKUKAN


Catatan ini bertajuk jiwa positif dan hidup berTuhan. Mengapa jiwa positif? Di kala hampir seluruh motivasi menyarankan agar berfikir dengan fikiran positif, saya lebih suka dan mengatakan bahawa fikiran positif tidak cukup untuk diri kita di dalam menjalani kehidupan yang pelbagai ragam. Kita memerlukan JIWA YANG POSITIF.


Mari kita buktikan bahawa JIWA yang positif adalah kunci utama untuk berjaya di dalam kehidupan kita terutama hidup berTuhan sebagai muslim dan muslimah.


Isnin, Januari 24, 2011

Masyarakat Barat fobia angka 13 ???

TIBA-TIBA saja perasaan pelik dan hairan muncul apabila kita berhadapan dengan situasi berikut :-

Sebaik memasuki lif di sebuah bangunan tinggi dan ketika jari ingin menekan butang lif berkenaan, didapati terdapat nombor tingkat yang seolah-olah hilang pada aturannya.

Tingkat nombor 10 ada, nombor 11 ada, nombor 12 pun ada tetapi kemudian terus ke nombor 14. Ke mana menghilangnya tingkat bernombor 13?

Demikianlah keadaan kebanyakan bangunan di Amerika Syarikat (AS) dan Kanada - bangunan tinggi di kota besar yang terletak di kedua-dua negara terbabit tidak memiliki tingkat bernombor 13.

Tenggelam sebaik terjun

HULU TERENGGANU - Kegembiraan 11 rakan sekerja yang juga kakitangan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) berkelah di Air Terjun Belukar Bukit, di sini semalam, bertukar tragedi apabila salah seorang daripada mereka ditemui lemas sewaktu sedang mandi-manda di destinasi pelancongan itu. 

Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi semalam, mangsa, Mohd Alif Mahade, 23, seorang juru x-ray di HSNZ dikatakan terus tenggelam sebaik sahaja terjun dari atas batu kerana tidak pandai berenang, ditemui seorang penduduk tempatan, Mohd Nazri Mat Sharif, 30. 

Polis Terengganu tahan 11 disyaki pengedar dan penagih !!!

KUALA TERENGGANU: Polis menahan 11 lelaki disyaki pengedar serta penagih dadah, dan merampas 40 gram heroin, 3,940 pil kuda serta dua kereta, yang semuanya dianggar bernilai RM156,624 dalam lima serbuan sejak Rabu lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Terengganu, Superintendan Roslan Abd Wahid berkata dalam serbuan pertama pada 4.30 petang Rabu lepas, polis menahan dua lelaki berumur 28 dan 19 tahun di sebuah rumah di Kampung Durian Kasim, Hulu Terengganu.


Katanya, ketika hendak ditangkap, salah seorang lelaki itu didapati membuang satu bungkusan berwarna hitam ke lantai rumah, dan apabila diperiksa bungkusan itu didapati mengandungi 1,940 pil kuda yang dianggar bernilai RM67,900.

Ahad, Januari 23, 2011

Tip membuka pintu kereta jika kunci tertinggal di dalam kereta yang berkunci

Ini ada satu tip yang mungkin berkesan untuk anda yang kaki lupa:)
Mudah-mudahan berguna dan ini mungkin bermanfaat kepada anda suatu hari nanti.

Salah satu alasan yang bagus untuk memiliki telefon:

Jika anda tertinggal kunci kereta dalam kereta yang terkunci dan kunci spare pula ada di rumah, hubungi seseorang yang berada di rumah melalui telefon bimbit anda ke telefon bimbit mereka.

Pegang telefon anda sekitar satu kaki dari pintu kereta anda dan minta mereka untuk tekan butang membuka melaui kunci remote spare kereta anda dan pastikan mereka tekan butang membuka hampir dengan telefon bimbit mereka.

InsyaAllah kunci kereta anda akan terbuka. Ini kerana frekuensi remote kunci kereta anda telah menembusi atau dalam erti kata menumpang frekuensi talian telefon bimbit anda ketika anda buat panggilan tadi. Jarak bukan masalah walaupun dimana anda berada.

* It works fine! Kami cuba keluar dan membuka kunci kereta kami melalui telefon bimbit! "*