Khamis, Mac 07, 2013

Tun M nasihat penceroboh serah diri


Post Pic
KUALA LUMPUR: Kumpulan penceroboh bersenjata di Lahad Datu, Sabah perlu menghentikan tentangan mereka terhadap pasukan keselamatan negara dan menyerah kalah jika mahu sebarang rundingan dilakukan, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
 
Beliau berkata, rundingan tidak mungkin boleh dijalankan jika kumpulan bersenjata rakyat asing itu terus-menerus mahu mempertahankan tindakan mereka dengan cara kekerasan.
 

Selasa, Mac 05, 2013

Pencerobohan: Malaysia bertindak ikut Konvensyen Geneva


Malaysia perlu mematuhi undang-undang antarabangsa terutama Konvensyen Geneva 1949 berhubung insiden pencerobohan kumpulan bersenjata di Sabah, kata seorang pegawai tinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) hari ini. 

Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota ATM, Mejar Jeneral Datuk Abdul Aziz Ibrahim, berkata Malaysia tidak boleh mencabuli undang-undang antarabangsa dengan mengambil tindakan sewenang-wenangnya terhadap soal pencerobohan. 

Beliau berkata Malaysia tertakluk kepada perjanjian antarabangsa itu yang menetapkan tindakan terhadap pencerobohan perlu mengikut undang-undang. 

Ahad, Mac 03, 2013

Masjid Besar Aleppo Diserang Bom


alt
BEIRUT 2 Mac - Masjid Besar Aleeppo di tengah bandar Syria musnah sejurus terkena bedilan bom yang dilancarkan Tentera Pembebasan Syria (FSA) dan tentera kerajaan Presiden Bashar Al-Assad.

Pemerhati Hak Asasi Kemanusiaan Syria melaporkan, pekarangan Masjid Umayyad itu dijadikan medan pertempuran dan lokasi tawanan kumpulan pemberontak.
"Masjid berkenaan dikenali sebagai Masjid Besar Aleppo terletak berhampiran pasar Kota Lama dan diiktiraf sebagai tapak warisan dunia.