Sabtu, Jun 11, 2011

Piala FA milik siapa?


KUALA LUMPUR – Ketika Kelantan berkeras bahawa kemenangan 3-0 dalam saingan Liga Super, Isnin lalu bukan sekadar nasib, Terengganu pula menegaskan, perlawanan akhir Piala FA malam ini adalah cerita baru dan kekalahan enam hari lalu sama sekali tidak akan berulang.

Kapten Terengganu, Marzuki Yusof menegaskan, keputusan di Kuala Terengganu itu tidak boleh diambil kira apabila pasukannya melayani skuad Kijang sekali lagi, kali ini di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

ULANGKAJI PEPERIKSAAN RAE 1 - 2011

View Image

TER 10/06/2011 - Peperiksaan RAE 1 - 2011 semakin hampir iaitu pada 15/06/2011.  Rakan-rakan yang akan mengambil peperiksaan termasuk tenaga pengajar sedang sibuk membuat ulangkaji terakhir sebelum tibanya tarikh peperiksaan sebagaimana yang telah dinyatakan.

Khamis, Jun 09, 2011

Perkhemahan PONI 2011 - Endurance


TER 08/06/2011 - Diantara aktiviti perkhemahan yang berlangsung di TER, Kuala Ibai pada hari ke tiga bermula jam 2.45 petang adalah Endurance.  Seramai 38 peserta mengambil bahagian didalam acara tersebut dengan jarak 10 km.

Selasa, Jun 07, 2011

MAJLIS PERASMIAN PERKHEMAHAN PONI PERINGKAT KEBANGSAAN 2011 - BHG IV



MAJLIS PERASMIAN PERKHEMAHAN PONI PERINGKAT KEBANGSAAN 2011 - BHG III

Perkhemahan Poni Kebangsaan anjuran kerajaan Terengganu dengan kerjasama MEM itu melibatkan 320 peserta dari 15 buah kelab poni di seluruh negara.

Perkhemahan itu yang mengumpulkan semua kelab poni di bawah naungan MEM antara lain bertujuan mendedahkan anggota kelab mengenai cara penjagaan kuda serta memelihara perhubungan antara pemilik dan haiwan tersebut.

MAJLIS PERASMIAN PERKHEMAHAN PONI PERINGKAT KEBANGSAAN 2011 - BHG II


Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin semalam berkenan merasmikan Perkhemahan Poni Kebangsaan 2011 di Terengganu Ekuesterian Resort (TER) di Kuala Terengganu.  Pada majlis tersebut baginda yang diiringi Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah turut menyerahkan plak dan bendera kepada empat kelab poni atau kuda padi yang baru ditubuhkan.

Seri Paduka Baginda berdua juga menyaksikan beberapa persembahan acara poni dan pameran pada perkhemahan selama enam hari sehingga Khamis ini.

MAJLIS PERASMIAN PERKHEMAHAN PONI PERINGKAT KEBANGSAAN 2011 - BHG I


TER 06/06/2011 - Majlis berlangsung dengan penuh keceriaan dan telah dirasmikan oleh DYMM Duli Yang Maha Mulis Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong pada jam 3.00 petang.  Majlis berjalan dengan begitu lancar sekali tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku, terutamanya teknikal komunikasi dibawah penyeliaan Kelab Radio Amatur & Rekreasi (PEMANCAR) Terengganu.

Isnin, Jun 06, 2011

PERSIAPAN PERKHEMAHAN PONI PERINGKAT KEBANGSAAN 2011


TER 05/06/2011 - Menjelangnya majlis perasmian Perkhemahan PONI Peringkat Kebangsaan pada 06/06/2011 jam 2.30 petang oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong, persiapan terakhir termasuk latihan-latihan kepada para peserta yang mengambil bahagian giat diadakan di kawasan perkampongan TER, Kuala Ibai, Terengganu.

Ahad, Jun 05, 2011

Terengganu Perlu Menang Isnin Untuk Suntik Semangat ke Stadium Nasional Bukit


Terengganu perlu menang Isnin ini untuk membuka laluan mudah baginya memenangi Piala Liga Super, sekali gus membawa keyakinan dan semangat untuk memang Piala FA pada Sabtu, 11 Jun ini.

Terengganu tidak boleh memberikan ruang kepada Kelantan untuk menang kerana ia akan menjadi pencetus semangat kemenangan kepada Kelantan yang sama-sama akan bertandan ke Stadium Nasional Bukit Jalil untuk bertemu Terengganu.

Malah Terengganu tidak perlu gusar kerana T-Team melakukannya dua kli iaitu di Kuala Terengganu dan Kota Bharu.

TAKLIMAT KEPADA PESERTA PERKHEMAHAN DAN PERSIAPAN PEMANCAR


TER - Taklimat kepada peserta perkhemahan yang hadir terdiri daripada pelajar-pelajar terpilih daripada beberapa buah sekolah di seluruh negara diadakan diperkarangan TER, Kuala Ibai, Kuala Terengganu.  Turut hadir YBhg. Dato' Hamzah dan Dato' Ramli Embong serta rakan-rakan PEMANCAR.