Sabtu, September 24, 2011

MAJLIS HARI RAYA DI RUMAH 9W2 HAS


Bukit Payong 23/09/2011 - Majlis Hari Raya bersama rakan-rakan PEMANCAR Kuala Terengganu telah diadakan di rumah 9W2 HAS En. Hassan Ahmad bermula dari jam 3.00 petang hingga 6.00 petang. Berbagai-bagai juadah hari raya disediakan bagi memeriahkan majlis yang diatur. En. Hassan turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan yang hadir.

Selasa, September 20, 2011

Kerajaan Pusat timbang bina bangunan Persekutuan di Marang



Kerajaan Pusat sedia menimbang permohonan Umno Bahagian Marang agar dibina sebuah bangunan berharga kira-kira RM30 juta di Marang, bagi menempatkan pelbagai jabatan Kerajaan Persekutuan di daerah tersebut.

Ahad, September 18, 2011

JAGAI LAH KEDUA IBU BAPA SEBELUM TERLAMBAT


Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, mengingatkan masyarakat negeri ini supaya tidak mengabaikan tanggungjawab menjaga kedua ibu bapa masing-masing apabila mereka berjaya memegang jawatan dan kedudukan yang baik dalam kerajaan.