Sabtu, Julai 23, 2011

Harimau Malaya mahu tentang Singa habis-habisan

View Image
SINGAPURA: Malaysia tidak akan bergantung pada rekod masa lalu tetapi akan menentang Singapura habis-habisan dalam perlawanan pertama pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 Zon Asia di Stadium Jalan Besar, di sini esok.

Ketua jurulatih, Datuk K. Rajagobal berkata, beliau sangat positif dengan skuadnya tetapi tidak akan membandingkan pencapaian skuad kebangsaan ketika menentang Singapura di masa lalu.

Jumaat, Julai 22, 2011

TINDAKAN TEGAS PERLU DIAMBIL KE ATAS MAT SABU



Pihak polis perlu mengambil tindakan yang tegas kepada MAT SABU kerana menghasut, menipu serta memburukkan nama Malaysia di mata dunia.  Perkara ini adalah sangat serius dan tidak boleh diambil ringan oleh pihak berkuasa.  Agak keterlaluan kalau dilihat dewasa kini, pihak pembangkang boleh mempermain-mainkan pihak berkuasa, memperlekehkan tindakan yang diambil oleh Kerajaan.  Untuk menaikan nama beliau dimata dunia, sanggup membuat apa saja, asalkan niatnya berjaya.

Khamis, Julai 21, 2011

259 orang terima darjah kebesaran Ulang Tahun Keputeraan Sultan Terengganu


Seramai 259 orang menerima darjah kebesaran dan pingat kehormatan Negeri Terengganu Darul Iman, sempena Ulang Tahun Ke-49 Hari Keputeraan Sultan Terengganu Tuanku Mizan Zainal Abidin, hari ini.

Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Dato’ Ibrahim Muhamad dan Ketua Staf Markas Angkatan Tentera Malaysia, Lt Jen Datuk Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Nor mengetuai senarai penerima tersebut yang dilangsungkan di Istana Maziah, Kuala Terengganu.

Rabu, Julai 20, 2011

MBKT sedia 3,137 tapak niaga Bazar Ramadan

View Image

Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) menyediakan 3,137  tapak niaga di Bazar Ramadan sekitar daerah Kuala Terengganu bagi membolehkan peniaga menjual pelbagai juadah untuk berbuka puasa sepanjang bulan Ramadan.

Permit bagi tujuan itu mula ditawarkan kepada orang ramai sejak 5 Julai lalu bagi membolehkan mereka  menjalankan perniagaan di 26 lokasi seluruh kawasan bandar dan sekitar daerah Kuala Terengganu.

Selasa, Julai 19, 2011

Jantina ditentu ketika lahir

MOHD ASHRAF HAFIZ...sudah tukar jantina

KUALA TERENGGANU: “Walaupun pemohon sudah menjalani pembedahan tukar jantina, perkara itu tidak boleh dijadikan hujah untuk mendapatkan kebenaran mahkamah.”

Isnin, Julai 18, 2011

Sistem keselamatan siber lemah

View Image

KUALA LUMPUR 16 Julai – Sistem keselamatan siber negara ketika ini disifatkan masih berada pada tahap yang lemah sekali gus meningkatkan risiko ancaman siber di kalangan pengguna Internet.

Pensyarah di Fakulti Sains dan Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dr. Khairuddin Omar berkata, tahap kelemahan sistem keselamatan tersebut ialah sehingga memungkinkan penceroboh menembusi pangkalan data yang menyimpan maklumat peribadi pengguna Internet.

Ahad, Julai 17, 2011

Hormatilah Ibu Sekalipun Berlainan Agama

View Image
Hadith:
DARI Asma' binti Abu Bakar r.a katanya:"Ketika terjadi genjatan senjata dengan kaum Quraisy, ibuku yang ketika itu masih musyrik datang kepadaku.
Lalu aku meminta izin Rasulullah SAW dengan berkata:"Ya Rasulullah! Ibuku datang kerana beliau rindu padaku. Bolehkah aku menemuinya?"Jawab Rasulullah SAW,"Ya boleh! Berjumpalah dengan ibumu."