Sabtu, Julai 23, 2011

Harimau Malaya mahu tentang Singa habis-habisan

View Image
SINGAPURA: Malaysia tidak akan bergantung pada rekod masa lalu tetapi akan menentang Singapura habis-habisan dalam perlawanan pertama pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 Zon Asia di Stadium Jalan Besar, di sini esok.

Ketua jurulatih, Datuk K. Rajagobal berkata, beliau sangat positif dengan skuadnya tetapi tidak akan membandingkan pencapaian skuad kebangsaan ketika menentang Singapura di masa lalu.




"Mesti difahami bahawa kita kini mempunyai situasi dan pemain yang berbeza. Kita hanya perlu memikirkan tentang apa yang akan kita lakukan esok dan bukan rekod masa lalu," katanya kepada pemberita di sini hari ini. 



Beliau berkata Harimau Malaya akan cuba "membunuh" Singa Singapura di padang mereka sendiri tetapi pada masa yang sama berkata pihak lawan perlu dihormati dan tidak boleh dipandang rendah

Rajagobal mahu anak buahnya memberi komitmen 100 peratus sebagai sebuah pasukan dan tidak mempersia-siakan sebarang peluang yang ada untuk menghasilkan gol. -Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan