Sabtu, Jun 25, 2011

Peserta Boat On The Road berlepas ke Tasik Kenyir


Kira-kira 800 peserta yang menaiki 200 kenderaan pacuan empat roda menyertai program kembara dan memancing “Boat On The Road” berlepas dari Sri Pentas di Bandar Utama ke Tasik Kenyir, pagi ini.

Acara pelepasan program yang bertujuan mempromosikan Tasik Kenyir sebagai desrinasi pelancongan itu, disempurnakan Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said.

Jumaat, Jun 24, 2011

Juruterbang Malaysia Meninggal Dalam Nahas Pertunjukan Udara Di Padang


View Image

JAKARTA, 23 Jun (Bernama) -- Seorang juruterbang Malaysia terbunuh apabila pesawat ringan yang dipandunya dalam pertunjukan aerobatik di Minang Aerosport 2011 terhempas di tanah lapang Kompleks Perundam III Tunggul Hitam, Padang, Sumatera Barat, Khamis.

Juruterbang itu dikenali sebagai Kolonel (B) Zakaria Salleh, 56, dari Kelab Penerbangan Diraja Selangor.

Khamis, Jun 23, 2011

Insentif Berpoligami Untungkan Banyak Pihak, Kata Ketua Hakim Syarie Kelantan

View Image 

KOTA BAHARU, 22 Jun (Bernama) -- Cadangan Kelantan memberi insentif kepada lelaki yang tidak merahsiakan perkahwinan poligami mereka, akan menguntungkan banyak pihak, kata Ketua Hakim Syarie Kelantan Datuk Daud Mohamad.

Beliau berkata langkah itu juga tidak bercanggah dengan Islam kerana ia boleh mengharmonikan rumah tangga dan pasangan terbabit.

Rabu, Jun 22, 2011

Kak Yah Dipercayai Masih Dalam Negara - Polis

View Image

KUALA TERENGGANU, 22 Jun (Bernama) -- Bomoh wanita berketurunan Siam yang dikatakan merawat pesakitnya sehingga menyebabkan kematian di Kampung Pulau Rusa, Marang malam Khamis lalu dipercayai sedang bersembunyi di Rantau Panjang.
Ketua Polis Terengganu Datuk Jamshah Mustapa berkata pihaknya kini sedang giat memburu bomoh tersebut yang dikenali dengan panggilan Kak Mah atau Kak Yah.

Selasa, Jun 21, 2011

PROGRAM BBQ RAKAN PEMANCAR DI PANTAI KUALA IBAI - PART III



PROGRAM BBQ RAKAN PEMANCAR DI PANTAI KUALA IBAI - PART II



PROGRAM BBQ RAKAN PEMANCAR DI PANTAI KUALA IBAI - PART I


Kuala Ibai 19/06/2011 - Program BBQ bersama rakan-rakan PEMANCAR telah diadakan di Pantai Kuala Ibai mulai jam 8.00 malam.  Program diadakan sempena meraikan rakan-rakan yang telah bertungkus lumus mengadakan beberapa program sebelum ini.  Selain daripada itu program diadakan untuk memungut derma kilat daripada rakan-rakan untuk membantu 9W2BHT Pak Hamdan yang telah kehilangan hartabenda akibat kebakaran yang berlaku pada 19/06/2011 jam 3.30 pagi di alamat Kg. Belara, Manir, Terengganu.

KEBAKARAN DIRUMAH 9W2BHT PAK HAMDAN KG. BELARA, MANIR


Manir 19/06/2011 - Nasib menimpa keluarga 9W2 BHT Pak Hamdan dimana rumah kedai dua tingkat lima pintu musnah dalam satu kebakaran pada jam 3.30 pagi dialamat Kg. Belara, Manir berhadapan dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Belara.  Kejadian berlaku kira-kira jam 3.30 pagi, dimana telah disedari oleh jiran dibahagian tengah rumah kedai tersebut.

Isnin, Jun 20, 2011

RIBUT MELANDA BEBERAPA BUAH KAWASAN DI TERENGGANU


Kuala Terengganu 19/06/2011 - Keadaan menjadi kelam kabut bermula dari jam 9.30 malam hingga 10.30 malam angin ribut barat daya dengan kelajuan 60 - 70 ksj melanda dibeberapa kawasan di Negeri Terengganu terutamanya dikawasan tepian pantai.  Kejadian angin kencing juga telah melanda dikediaman salah seorang rakan radio iaitu 9W2WTR, yang menyebabkan garaj kenderaan rosak teruk.  Namun begitu tiada kemalangan yang berlaku keatas sesiapa.

Ahad, Jun 19, 2011

Kambing-kambing betina yang bingung


WAHAI orang-orang yang beriman, renungilah maksud hadis ini. Dari Ibnu Umar RA, dari Nabi Muhammad SAW, sabdanya: Perumpamaan orang munafik, seperti seekor kambing betina yang bingung mengikuti dua ekor kambing jantan. Sekali dia hendak mengikut yang ini, kali yang lain hendak mengikuti yang satu lagi. - SAHIH MUSLIM

Siapakah orang-orang yang bersifat kambing betina yang bingung ini? Jawapannya jelas, tanpa perlu banyak berfikir dan merujuk kepada banyak pihak.