Selasa, Jun 21, 2011

KEBAKARAN DIRUMAH 9W2BHT PAK HAMDAN KG. BELARA, MANIR


Manir 19/06/2011 - Nasib menimpa keluarga 9W2 BHT Pak Hamdan dimana rumah kedai dua tingkat lima pintu musnah dalam satu kebakaran pada jam 3.30 pagi dialamat Kg. Belara, Manir berhadapan dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Belara.  Kejadian berlaku kira-kira jam 3.30 pagi, dimana telah disedari oleh jiran dibahagian tengah rumah kedai tersebut.


Walaupun pada pagi tersebut tiada angin kencang, namun memandangkan dibahagian atas keseluruhan rumah kedai tersebut adalah papan, maka api begitu menyemarak dengan cepat.  Setengah jam kemudian 3 buah kereta bomba sampai dan berjaya memadamkan api dari terus merebak dikawasan berdekatan.  Namun kelima-lima buah rumah kedai hangus dijilat api.  Pak Hamdan hanya berjaya menyelamatkan isteri serta anak-anaknya 3 orang termasuk yang berumur 34 hari.

Kerugian keseluruhannya adalah dianggarkan RM700 ribu.











Jiran Pak Hamdan makan tengahari dihadapan rumah kedai yang terbakar


Keadaan dapur rumah Pak Hamdan selepas api berjaya dipadamkan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan