Jumaat, Oktober 14, 2011

101 menara komunikasi di Terengganu menjelang tahun depan



Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mensasarkan 97 peratus kawasan liputan telefon selular di Terengganu menjelang akhir 2012.

Pengarah SKMM Wilayah Timur, Encik Mohd Shafie Harun berkata, pihaknya memberi tumpuan di pulau-pulau termasuk Pulau Redang, Pulau Kapas dan Pulau Perhentian yang menjadi tumpuan pelancong di samping kawasan pedalaman yang mempunyai ramai penduduk.


Katanya, semua pulau berkenaan sudah mempunyai menara komunikasi dan pihak SKMM merancang membina 24 menara lagi di Hulu Terengganu yang dijangka siap sebelum akhir tahun depan.


Khamis, Oktober 13, 2011

Peperiksaan Radio Amatur Siri Kedua Tahun 2011



Peperiksaan Radio Amatur Siri Kedua Tahun 2011
PDFPrintE-mail
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan menganjurkan Peperiksaan Radio Amatur (RAE) siri kedua bagi tahun 2011 sebagai memenuhi kehendak Peraturan 26(2), Peraturan-Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknik) 2000 pada tarikh dan waktu seperti berikut.
Nombor Siri Peperiksaan
Tarikh dan Masa Peperiksaan
Tarikh Tutup Permohonan
Pusat Peperiksaan (Wilayah)
RAE 2011-2
15 Dis 2011 jam 2,00 petang
28 Okt 2011 jam 5.00 petang
Utara, Tengah, Selatan, Timur, Sabah dan Sarawak

Rabu, Oktober 12, 2011

Terengganu, T-Team pada kedudukan selesa



JUARA Piala FA, Terengganu memperoleh bekalan selesa menjelang pertemuan timbal balik kedua suku akhir Piala Malaysia apabila menang 3-1 ke atas juara bertahan, Kelantan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah malam tadi.

Lima kad merah dilayangkan oleh pengadil perlawanan, Mohd. Nafeez Abd. Wahab dengan tiga menjadi milik Kelantan melalui Mohd. Shakir Shaari, Mohd. Daudsu Jamaludin dan Mohd. Aziz Ismail sementara dua kepada pemain Terengganu, Ismail Faruqi Asha’ri dan Mohd. Zubir Mohd. Azmi.

Selasa, Oktober 11, 2011

Rakyat Terengganu diajak menyertai Kempen Jom Boikot


Image Detail

Kempen Jom Boikot akan digerakkan jika peniaga di negeri ini didapati masih berdegil meletakkan harga yang tinggi dan membebankan penggna.

Berikutan itu, Kerajaan dengan kerjasama badan bukan kerajaan (NGO), persatuan pengguna di peringkat daerah sedia bertindak jika mendapati peniaga masih berdegil.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Dr A Rahman Mokhtar berkata, pihaknya akan mengenalpasti kedai atau premis yang menaikkan harga barang-barang kawalan dari masa ke semasa.

Isnin, Oktober 10, 2011

Program Liga Sukan Komuniti cungkil bakat belia



Image Detail
Program Liga Sukan Komuniti untuk semua peringkat Negeri Terengganu menemukan “Juara Antara Juara” Negeri Terengganu, kelmarin.

Bagi Kategori Futsal Lelaki, johan disandang pasukan Medan Jaya FC (Marang) manakala naib johan pasukan Gelombang FC(Kuala Terengganu).

Bagi kategori Futsal Wanita johan pasukan Sonic FC (Kuala Terengganu) manakala naib johan pasukan Parasite FC (Dungun).


Ahad, Oktober 09, 2011

Harga tiket perlawanan suku akhir dinaikkan


Image Detail

Harga tiket bagi perlawanan suku akhir pertama Piala Malaysia antara pasukan Terengganu menentang Kelantan di Stadium Sultan Ismail Nasaruddin Shah, Isnin depan (10 Oktober), akan dinaikkan.

Setiausaha Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Abdullah Salleh berkata harga tiket bagi tempat duduk berbumbung dinaikkan kepada RM25 berbanding RM20 sebelum ini manakala bagi tempat duduk terbuka RM15 (harga lama RM10).