Memaparkan catatan dengan label Radio Amatur. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Radio Amatur. Papar semua catatan

Khamis, Disember 12, 2013

EYEBALL SAYANG PEMANCAR ZON DUNGUN


Dungun 11/12/2013 - Eyeball SAYANG PEMANCAR bagi rakan-rakan radio amatur Zon Dungun telah diadakan di Kedai Penal "Tiada Masalah, Aaa Gitu" yang telah diatur bersama ahli-ahli CRC Terengganu yang diketuai oleh Presidennya 9W2DMM Afandi bin Mohamed.

Turut hadir 9M2LOK serta wakil dari Kuala Terengganu dan Marang. Seramai lebih kurang 40 orang menghadiri program yang diatur bagi merapatkan tali silaturrahim diantara rakan-rakan serta membincangkan program "MEGA EYEBALL" yang akan berlangsung pada 12hb. Disember, 2013 di Puncak Panorama, Kuala Terengganu. 

untuk gambaran selanjut sila KLIK DISINI

Selasa, Disember 10, 2013

ULANGKAJI SAAT-SAAT AKHIR PEPERIKSAAN RAE 2/2013


Menggunakan inisiatif tersendiri rakan-rakan Radio Amator Kuala Terengganu yang diketuai oleh 9M2FUL En Saiful dan dibantu oleh 9W2OPB En. Haniff telah mengadakan kelas-kelas ulangkaji serta memberi kefahaman yang lebih mantap kepada rakan-rakan baru Radio Amator yang akan mengambil peperiksaan RAE 2/2013 yang akan diadakan pada 19/12/2013 akan datang.

Kelas ulangkaji telah diadakan dihadapan rumah 9W2TLS Tengku Amir di Jalan Kamaruddin, Kuala Terengganu.



En. Haniff memaklumkan bahawa kelas seumpama ini telahpun diadakan sejak sebulan yang lalu, memberi peluang kepada rakan-rakan radio amator untuk mengkaji serta memahami dengan sebenarnya keperluan serta kehendak SKMM dalam mempertabatkan keberkesanannya penglibatan radio amator dalam masyarakat.




Walaupun kehadiran rakan-rakan radio amator agak kurang, namun begitu beliau serta tenaga pengajar merasa berpuas hati diatas pencapaian rakan-rakan baru dalam usaha kearah kecemerlangan, terutama PEMANCAR NEGERI TERENGGANU.

Jumaat, Disember 24, 2010

Persatuan-persatuan Radio Amatur di Malaysia


Malaysian Amateur Radio Transmitters' Society (MARTS) www.marts.org.my
Persatuan Radio Amatur Melayu Utara Malaysia (ASTRA) http://www.astra.org.my/
Malaysian Amateur Radio Emergency Service Society (MARES) www.mares.org.my
Persatuan Radio Amatur dan Komunikasi Melaka (PERAKAM) http://perakam.org
Persatuan Radio Amatur Pahang (PERAMAH) http://www.peramah.org.my/
Kelab Radio Amator Negeri Sembilan (NESRAC) http://www.nesrac.org/
Jalur Selatan Radio Amatur Johor (JASRA) http://www.jasra.org.my/
Persatuan Radio Amatur Perak (PARTS) http://www.parts.org.my/
Kelab Radio Amatur dan Rekreasi Terengganu (PEMANCAR) http://www.pemancar.org/
Kelab Radio Amatur TIME (TIME ARC) www.timearc.org
Persatuan Radio Amatur Selangor (RADAS) http://www.selangorham.org.my/
Kelab Radio Amatur PKG Segamat http://radioamaturpkgsegamat.blogspot.com/
Kelab Komunikasi Radio Amatur Bachok Kelantan (AKRAB) http://akrabonline.blogspot.com/
Portal Radio Amatur Alor Setar (ASHAMRADIO) http://www.ashamradio.com
Amateur Radio Kota Bharu (ARKB) http://www.arkb.org.my
Rakan Radio Amatur Sg. Petani http://www.sphamradio.com
Persatuan Pemancar Radio dan Komunikasi Dua Hala Melaka (MERACC) http://www.meracc.ultramaya.com
Kinabalu Amateur Radio Transmitting Soceity (KARTS) http://www.9m6ktc.net
ILPKS Radio Amateur Sarawak http://www.ilpks.gov.my/amateurradio/
PERSATUAN RADIO AMATUR MELAKA (PERAKAM) http://perakam.blogspot.com
KELAB RADIO AMATUR PENGAKAP SUNGAI BESAR (KERAP) http://www.9m4csb.blogspot.com
KELAB PEMINAT KOMUNIKASI RADIO MERSING (KPKR) http://kpkrmg.blogspot.com/
KELAB PEMANCAR RADIO AMATUR PASIR PUTEH (PUTRA) http://putrappkn.blogspot.com/

Radio amatur


Radio amatur merupakan salah satu daripada jenis komunikasi yang menggunakan peralatan radio danelektronik. Penggunaan radio amatur di dalam bidang komunikasi amatlah luas kerana dapat digunakan bagi menghubungkan seorang yang berada samada di dalam kawasan atau ke seluruh dunia dengan menggunakan set radio amatur yang tertentu pada frekuensi yang tertentu.
Seperti yang diketahui umum bahawa komunikasi menggunakan radio amatur hanyalah sekadar bercakap sahaja, tetapi apa yang berlaku kini dengan perkembangan teknologi komunikasi yang begitu pantas, sistem perhubungan yang dahulunya menggunakan sistem anolog kini telah bertukar kepada sistem digital yang membenarkan kita bukan hanya dapat bercakap sahaja malahan dapat melihat seperti sebuah televisyen yang boleh dipancarkan hampir ke sebahagian besar dunia. Kebanyakan daripada pengguna radio amatur memancarkan signal mereka melalui satelit yang berada pada orbit di dunia ataupun menggunakan bulan sebagai pemantul isyarat bagi memancarkan isyarat yang dipancarkan oleh set mereka.
Terdapat juga sebahagian daripada mereka berkomunikasi menggunakan "kod Morse". Pengendali radio amatur merupakan sebahagian dari penduduk dunia yang mempunyai syarat penggilannya (call sign) sendiri yang merupakan pasport untuk ke seluruh dunia melalui gelombang udara. Sempadan negara, ideologi politik, warna kulit, pangkat atau kedudukan seseorang adalah sama sekali tiada di dalam dunia radio amatur, namun masih terdapat sebahagian kecil lagi negara di dalam dunia ini masih tidak membenarkan penggunaannya di negara sebagai sebahagian dari aktiviti pada masa terluang.