Sabtu, Oktober 08, 2011

Tuanku Mizan berangkat ke Majlis Makan Malam Sultan Mizan Cup 2011



Image Detail

Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin malam tadi berkenan berangkat menghadiri Majlis Makan Malam sempena Kejohanan Sultan Mizan Cup 2011 di Terengganu International Endurance Park (TIEP), Lembah Bidong, Setiu.

Ketibaan Seri Paduka Baginda disambut oleh Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said dan Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, YB Haji Rozi Mamat.


Jumaat, Oktober 07, 2011

Dataran WiFi di Seberang Takir




Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Takir membelanjakan RM250,000 bagi menjadikan Dataran Belia Permata di Seberang Takir sebagai Dataran WiFi.

ADUN berkenaan, Ahmad Razif Abd. Rahman berkata, peruntukan itu bagi membina sebuah bangunan dua tingkat yang mengandungi dewan terbuka dan bilik khas untuk pembelajaran kelas komputer.


Khamis, Oktober 06, 2011

Pembentangan Belanjawan 2012



Image Detail

Sukacita dimaklumkan bahawa Pembentangan Belanjawan 2012 oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Kewangan akan diadakan seperti berikut:

Tarikh :7 Oktober 2011 (Jumaat)
Masa :4.00 petang
Tempat:Parlimen Malaysia

Rabu, Oktober 05, 2011

Nurul Ain kembali menyertai MMRC di Pulau Duyong




Juara Kejohanan Malaysian Match Racing (MMRC) 2008, Nurul Ain Md. Isa, kembali beraksi dalam edisi keenam bagi kejohanan itu yang akan diadakan pada 7 hingga 10 Oktober di Pulau Duyong, Kuala Terengganu.

Dengan penyertaan Nurul, bermakna tiga bekas akan bertanding dalam MMRC 2011 yang merupakan acara kelayakan bagi Piala Monsun, acara penutup siri jelajah dunia, World Match Racing Tour.

Isnin, Oktober 03, 2011

RAKAMAN GAMBAR SEMASA PERASMIAN PASUKAN BOMBA SUKARELA SRI NERUS


Kuala Nerus - Gambar-gambar yang dirakamkan semasa Perasmian Pasukan Bomba Sukarela Sri Nerus di perkarangan Pejabat Ahli Parlimen Kuala Nerus, pada 02/10/2011 jam 3.00 petang.

Ahad, Oktober 02, 2011

MAJLIS PERASMIAN PASUKAN BOMBA SUKARELA SRI NERUS DAN PENYERAHAN PERALATAN KEBOMBAAN


Kuala Nerus 02/10/2011 - Majlis Perasmian Pasukan Bomba Sukarela Sri Nerus dan Penyerahan Peralatan Kebombaan diadakan diperkarangan Pejabat Ahli Parlimen Kuala Nerus, Terengganu. Majlis berlangsung dalam suasana yang cukup ceria dan bermakna bagi Pasukan Bomba Sukarela Sri Nerus dan juga penduduk dipersekitaran.

LATIHAN KERAS BOMBA SUKARELAWAN SRI NERUS !!


Kuala Nerus 01/10/2011 - Latihan demi latihan yang begitu padat dijalankan oleh Pasukan Sukarelawan Bomba Sri Nerus, demi untuk memertabatkan semangat sukarelawan sempena Majlis Perasmian dan Penyerahan Peralatan Kebombaan yang akan diadakan pada hari ini 02/10/2011 jam 2.30 petang di Perkarangan Pejabat Ahli Parlimen Kuala Nerus. Majlis akan dirasmikan oleh YB Dato' Mohd. Nasir bin Tan Sri Ibrahim Fikri.