Sabtu, Oktober 29, 2011

ADUH SAYANG.....PETEH..PETEH..TIADA JODOH UNTUK TAHUN 2011


PIALA MALAYSIA 2011 29/10/2011 - Aduh sayang...apa nak dikatakan dah tiada jodoh untuk tahun ini. Kekalahan yang ditanggung tidak akan mematahkan semangat juang pemain-pemain Skuad Penyu untuk berjuang ditahun hadapan. Syabas dan tahniah diatas kejayan untuk masuk keperingkat akhir.





Jumaat, Oktober 28, 2011

Protes harga tiket mahal: Laman web FAM digodam


KUALA LUMPUR 28 Okt. – Laman rasmi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah digodam pihak tidak bertanggungjawab, awal pagi ini.


Laman web itu, www.fam.org.my difahamkan tidak lagi berfungsi seperti biasa, sebaliknya telah mempamerkan logo FAM yang diubah suai dengan meletakkan imej ‘khinzir’ dan turut dimasukkan rakaman dua rakaman video berbau provokasi.

EYEBALL BERSAMA RAKAN-RAKAN HAM KL/AMPANG/GOMBAK


Kuala Lumpur 25/10/2011 - Perjumpaan bersama-sama rakan-rakan HAM dikawasan tengah Kuala Lumpur berlangsung di Restoran Al-Awwal Maju, Taman Sri Gombak, Kuala Lumpur bermula jam 11.00 malam hingga 26/10/2011 jam 3.00 pagi. Seramai 25 orang rakan-rakan hadir selepas mengadkan 'Check-Net' di V-33 yang bermula jam 9.00 malam meliputi keseluruhan kawasan Lembah Klang hingga ke Melaka, yang diterajui oleh Cikgu Bahar 9W2 BIZ.

Selasa, Oktober 25, 2011

Penyu makin garang


Image Detail

GERGASI Pantai Timur, Terengganu semakin bersemangat untuk memburu kejuaraan kali kedua dalam kancah Piala Malaysia apabila mengesahkan kemaraan ke final untuk bertemu Negeri Sembilan di Shah Alam, Sabtu ini.
Juara Piala FA itu yang berjaya membawa pulang trofi berprestij itu buat kali pertama pada 2001 ketika di bawah kendalian Mat Zan Mat Aris sudah pasti mengidam koleksi kemenangan kedua kerana sudah sedekad menanti untuk beraksi di pentas final.


Ahad, Oktober 23, 2011

10 pasangan pengantin selamat diijab kabul



Sepuluh pasangan yang terpilih dalam program My Idol Raja Sehari 1Malaysia 1Pasangan yang julung kali diadakan di negeri ini, selamat diijab kabul dalam satu majlis lafaz akad nikah di Masjid Kristal, Taman Tamadun Islam (TTI) di sini, semalam.

Akad nikah oleh Juru Nikah negeri yang juga bekas Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Dato' Ismail Ali, berlangsung kira-kira jam 4.30 petang, sebaik selesai solat Asar.Bagi memeriahkan majlis, 300 ahli keluarga pihak pengantin lelaki dan perempuan hadir pada majlis anjuran Pejabat Pembangunan Parlimen Kuala Terengganu.

Elaun anggota bomba sukarela sedang dikaji



Jabatan Bomba dan Penyelamat sedang membuat kajian bagi mencari mekanisme yang membolehkan anggota pasukan bomba sukarela dibayar elaun sebagaimana yang dinikmati badan-badan sukarela lain.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Chor Chee Heung berkata kajian itu mengambil contoh elaun-elaun yang dibayar kepada badan sukarela lain contohnya Rela untuk perbandingan bagi menentukan kadar elaun yang munasabah.