Sabtu, April 16, 2011

MB minta ibu bapa menabung untuk pendidikan anak-anak


Menteri Besar menyampaikan inisiatif kepada pelajar cemerlang dalam peperikaan awam 
ketika merasmikan mesyuarat agung Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) 
Sekolah Menengah Kebangsaan Badrul Alam Shah, Kemasek


Ibu bapa di negeri ini diminta menabung sebahagian daripada pendapatan mereka untuk membiayai pendidikan anak-anak, khususnya untuk kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT).
Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, berkata kebanyakan ibu bapa khususnya dari kalangan masyarakat Melayu tidak menabung untuk pendidikan anak-anak mereka.

Jumaat, April 15, 2011

Perdana Menteri lawat Terengganu 30 April ini

Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak akan mengadakan lawatan sehari ke Terengganu sempena Program Turun Padang (PTP), 30 April ini (Sabtu).

Beliau dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud pada jam 8.45 pagi dan terus memulakan lawatan ke Pekan Batu Enam, Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Tunggal dan Parlimen Kuala Nerus.

Perdana Menteri akan berjalan kaki menemui pemimpin dan rakyat di Peti Undi Batu Enam, DUN Bukit Tunggal dan Parlimen Kuala Nerus serta menikmati sarapan pagi di Kedai Alias, di Pasar Batu Enam.

Program Amal Bersama Masyarakat Kg. Kuala Telemong, H/Terengganu


Mesyuarat Khas gabongan Persatuan Permotoran Terengganu / PEMANCAR telah pun berlangsung di Paddock Cafe, TER, Kuala Ibai, Terengganu pada 14 APR 2011 jam 10.00 malam yang dipengerusikan sendiri oleh YAM Tengku Sri Temenggong Raja Dato Sri Tengku Baharuddin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktaffi Billah Shah,  Presiden Persatuan Permotoran Terengganu  dan juga selaku Penaung Kelab Radio Amatur & Rekreasi (PEMANCAR) Terengganu.

Rabu, April 13, 2011

PERJUMPAAN AHLI PEMANCAR BERSAMA EN. HAMBALI


Perjumpaan ahli Pemancar bersama YBhg. En. Hambali Abdul Latiff, Pegawai Penyelidik Kanan Kepada Menteri Besar Terengganu, telah diadakan di Paddock Cafe, TER, Kuala Ibai, Terengganu.  Turut hadir didalam perjumpaan tersebut ialah Penasihat Pemancar - YBhg. Dato' Ramli Embong, Presiden Pemancar - 9W2WSY, Tim. Presiden - 9M2MSL dan beberapa orang ahli Pemancar yang lain.

Tujuan perjumpaan tersebut adalah untuk membincangkan serta mengutarakan hasrat Penasihat PEMANCAR YBhg. Dato' Ramli Embong serta keseluruhan warga Pemancar memohon jasa baik YAB Menteri Besar Terengganu untuk menaik taraf 'Sistem Komunikasi' yang sedia ada.





Selasa, April 12, 2011

Tuanku Mizan sertai sukan lumba kuda


Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin memenangi tempat ketiga dalam acara Sukan Lumba Kuda al-Kathiri bagi kategori senior 80 kilometer (km) di Terengganu International Endurance Park, Lembah Bidong, Setiu, yang berakhir semalam (10 April).

Bekas Pemain Bola Sepak Ditahan Miliki 120 Gram Heroin

KUALA TERENGGANU, 11 April (Bernama) -- Seorang bekas pemain bola sepak Piala Presiden pasukan Terengganu dan isterinya ditahan kerana disyaki terlibat dengan pengedaran dadah.

Pemain bola sepak berusia 21 tahun dan isterinya berusia 34 tahun itu ditahan dalam serbuan polis ke rumah pasangan itu di Taman Tasik, Wakaf Dua, Bukit Payong pada pukul 9.30 malam, Sabtu lepas.

Polis menemui dadah jenis heroin seberat 120 gram yang dianggar bernilai RM30,000 di rumah itu, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri Supt Roslan Abd Wahid.

Isnin, April 11, 2011

Kompleks Sukan Tengku Muhammad Ismail di Mansyurkan

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja, Tengku Muahammad Ismail Ibni Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan berangkat mengisytiharkan pemansyuran Kompleks Sukan Tengku Muhammad Ismail , Universiti Malaysia Terengganu (UMT) hari ini (10 April).

Turut mengiringi keberangkatan baginda, Ahli Majlis Perwakilan Pemangku Raja, Yang Teramat Mulia Tengku Sri Bendahara Raja dan Tengku Sri Laksamana Raja.

Ahad, April 10, 2011

DBP sasar pelajar tinggal jauh dari bandar


Sambutan pengunjung yang amat menggalakkan dalam program Pesta Buku Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) 2011 Peringkat Negeri Terengganu membuka jalan kepada penganjur bagi melaksanakan program kedua pada penghujung tahun ini untuk memberi peluang kepada pelajar yang tinggal jauh dari bandar Kuala Terengganu turut serta dalam pesta buku itu kelak.