Jumaat, April 15, 2011

Program Amal Bersama Masyarakat Kg. Kuala Telemong, H/Terengganu


Mesyuarat Khas gabongan Persatuan Permotoran Terengganu / PEMANCAR telah pun berlangsung di Paddock Cafe, TER, Kuala Ibai, Terengganu pada 14 APR 2011 jam 10.00 malam yang dipengerusikan sendiri oleh YAM Tengku Sri Temenggong Raja Dato Sri Tengku Baharuddin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktaffi Billah Shah,  Presiden Persatuan Permotoran Terengganu  dan juga selaku Penaung Kelab Radio Amatur & Rekreasi (PEMANCAR) Terengganu.



Mesyuarat tersebut juga dihadiri Penasihat PEMANCAR - 9W2RWB YBhg. Dato' Ramli Embong, Presiden PEMANCAR - 9W2WSY Wan Mohd. Syukri serta AJK Pemancar yang lain.  Didalam perbincangan tersebut beberapa kata sepakat telahpun diambil untuk menjayakan program tersebut yang akan berlangsung pada 16 APR 2011 di Dewan Sivik Kg. Kuala Telemong, Hulu Terengganu.


Ahli-ahli PEMANCAR dijemput untuk menyertai program serta konvoi tersebut.  Peserta konvoi akan berkumpul di Ibai Golf Club pada 16 APR 2011 jam 9.00 pagi dan seterusnya berlepas ke Kampong Kuala Telemong pada jam 9.45 pagi yang diketuai oleh YAM Tengku Sri Temenggong Raja.


Program tersebut dijangka selesai sebelum waktu zohor.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan