Sabtu, Julai 02, 2011

Terengganu Didik Pelancong Hargai Terumbu Karang

View Image

KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) -- Dalam usaha memulihara terumbu karang di sekitar pulau peranginan di Terengganu, kerajaan negeri kini menumpukan pendidikan mengenai hidupan marin itu pada kalangan pelancong.

Pengerusi Jawatankusa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Terengganu Datuk Abdul Rahin Mohd Said berkata usaha itu bagi meningkatkan kesedaran pelancong mengenai hidupan laut tersebut.

Jumaat, Julai 01, 2011

Kabinet Tidak Benar Astro Naik Tarif Perkhidmatan - Rais


KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Kabinet pada Jumaat memutuskan stesen televisyen berbayar Astro tidak boleh menaikkan tarif perkhidmatan mereka selagi tidak mendapat kebenaran daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), agensi di bawah Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan.

Menteri berkenaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata Kabinet, yang membincangkan isu itu pada mesyuaratnya, berpendapat Astro tidak wajar menaikkan sebarang tarif berkaitan perkhidmatan mereka.

Khamis, Jun 30, 2011

1Murid 1Sukan Bakal Jadi Penggerak Perpaduan Di Sekolah

View Image

BESUT, 29 Jun (Bernama) -- Kementerian Pelajaran (KPM) akan memastikan dasar 1Murid 1Sukan (1M1S) yang diperkenalkan pada tahun depan akan menjadi penggerak utama perpaduan pelajar berbilang kaum di negara ini.

Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Asariah Meor Shaharuddin berkata telah terbukti bahawa sukan boleh menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Katanya, dengan menceburi bidang sukan, akan dapat memupuk semangat setiakawan dan berpasukan di samping mampu melahirkan atlit yang berkaliber sehingga ke peringkat antarabangsa.

Rabu, Jun 29, 2011

MESYUARAT AJK PEMANCAR KE 8 SESI 2010/2011


Kuala Terengganu - Mesyuarat AJK Kelab Radio Dan Rekreasi (PEMANCAR) Terengganu kali ke 8 Sesi 2010/2011 telah diadakan di Dewan Belia, Kompleks Belia dan Sukan Negeri Terengganu pada 28/06/2011 mulai jam 8.30 malam.  Seramai 15 orang AJK termasuk wakil Zon turut hadir didalam mesyuarat yang diadakan.  Diantara agenda yang dibincangkan adalah seperti berikut:

Isnin, Jun 27, 2011

SELAMAT HARI LAHIR KEPADA 9W2 KTR JANG - Slideshow

Your Slideshow Title Slideshow: "TripAdvisor™ TripWow ★ Your Slideshow Title Slideshow ★ to Terengganu. Stunning free travel slideshows on TripAdvisor"

SELAMAT HARI LAHIR KEPADA 9W2 KTR JANG


TER 27/06/2011 - Menyambut hari lahir yang agak luar biasa bagi rakan-rakan radio PEMANCAR pada kali ini.  Berlaku ke atas 9W2 KTR Jang yang telah berlangsung secara spontan di perkarangan tempat letak kereta taman rekreasi Kuala Ibai, Kuala Terengganu.  Umur adalah dirahsiakan kena tanya tuan punya diri.

Ahad, Jun 26, 2011

Keropok Lekor Terpanjang Dicipta Pada Karnival Bank Rakyat Di Kuala Terengganu

View Image

KUALA TERENGGANU, 25 Jun (Bernama) -- Karnival Bank Rakyat Cintai Alam di Dataran Shahbandar di sini pada Sabtu mencatat rekod dalam Malaysia Book Of Records (MBOR) menerusi pembuatan keropok lekor sepanjang 479.4 meter.

Pengarah Urusan Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Bank Rakyat) Datuk Kamaruzaman Che Mat berkata pembuatan keropok lekor terpanjang itu adalah antara keunikan penganjuran kali ketiga karnival berkenaan di sini, selepas Melaka dan Kedah pada April dan bulan lalu.