Sabtu, Januari 19, 2013

Insentif kahwin untuk ibu dan bapa tunggal di Terengganu dapat sambutan


MARANG: Insentif sebanyak RM2,000 kepada setiap ibu dan bapa tunggal yang berkahwin semula di negeri ini mulai mendapat sambutan. 

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Masyarakat dan Wanita Negeri, Datuk Yahya Khatib Mohamad berkata, sejak diluluskan bulan lalu, terdapat empat atau lima pasangan datang untuk mendapatkan borang. 

Khamis, Januari 17, 2013

Seorang lagi mangsa letupan kilang sawit maut

Gambar hiasan

HULU TERENGGANU: Seorang lagi mangsa kejadian letupan di kilang memproses kelapa sawit di sini lewat petang semalam, meninggal dunia pagi ini di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini, menjadikan angka kematian kepada empat orang.
Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, DSP Mohd Ismail Muslim berkata Mohd Razlan Mokhtar, 25, berasal dari Kuala Berang meninggal dunia kira-kira 9.30 pagi ini. 

Selasa, Januari 15, 2013

Sebuah Gereja di Petaling Jaya Telah Menaikkan Kalimah Allah


Sebuah gereja di Petaling jaya telah menaikkan kalimah Allah didinding gereja selepas Hj Hadi membenarkan penggunaan kalimah Allah dan beratus ribu bible Melayu sedia untuk cetakan.