Sabtu, Ogos 06, 2011

Jom Ramai-Ramai ke Festival Ramadan di TTC


Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU) menyediakan 200 lot niaga di Pusat Dagangan Terengganu (TTC) sempena Festival Aidilfitri sepanjang Ramadan ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Az
mi Razik berkata, program tahunan itu bagi memberi peluang kepada peniaga tempatan memasarkan produk mereka dalam satu kompleks yang selamat dan teratur.

Jumaat, Ogos 05, 2011

WWF Gesa Kerajaan Terengganu Siasat Sumber Telur Penyu Di Pasar Payang


KUALA TERENGGANU, 4 Ogos (Bernama) -- WWF-Malaysia meminta kerajaan Terengganu supaya menyiasat sumber asal telur penyu yang banyak dijual di Pasar Payang di sini.

Gesaan badan itu susulan kenyataan Pengerusi Lembaga Penasihat Santuari Penyu Terengganu Datuk Mazlan Ngah sebelum ini bahawa telur terbabit bukan telur tempatan, sebaliknya dari Sabah, Sarawak dan Filipina.

Khamis, Ogos 04, 2011

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN RAE SIRI PERTAMA 2011 (RAE 2011-1)


LAYARI DI LAMAN WEB berikut: http://rae.skmm.gov.my/

Kepada rakan-rakan yang berjaya diucapkan tahniah dan mana-mana rakan yang kurang bernasib baik diharap janganlah berputus asa dan cubalah lagi ditarikh peperiksaan yang akan diadakan pada bulan Disember 2011 mendatang.

Rabu, Ogos 03, 2011

‘Mungkin ini Ramadan terakhir’


KUALA TERENGGANU - Umat Islam disarankan meningkatkan amal ibadat dan berusaha menjadikan Ramadan kali ini sebagai Ramadan yang terbaik.

Imam Besar Terengganu, Aizi Saidi Abdul Aziz berkata, kedatangan Ramadan al-Mubarak seharusnya digunakan sebaiknya-baiknya dan jangan ‘mengotorinya’ dengan keingkaran kita dengan melanggari perintah Allah.

Selasa, Ogos 02, 2011

Dr Rosti Letak Jawatan Naib Canselor Unisel

View Image

SHAH ALAM, 2 Ogos (Bernama) -- Datuk Dr Rosti Saruwono mengambil keputusan meletakkan jawatan selaku Naib Canselor Universiti Selangor (Unisel) dengan notis 24 jam berkuatkuasa esok.

Beliau mengesahkan peletakan jawatannya menerusi khidmat pesanan ringkas sebagai membalas SMS yang dihantar oleh Bernama bagi mendapatkan pengesahan berita tindakannya itu.

Isnin, Ogos 01, 2011

Kerajaan tambah dana raya 10 peratus

View Image

Kerajaan Terengganu akan menambah peruntukan bantuan Hari Raya kepada golongan berpendapatan rendah di seluruh negeri sebanyak 10 peratus tahun ini memandangkan jumlah penerimanya semakin meningkat, terutama mereka yang baru mendirikan rumah tangga.


Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said berkata, tahun lalu kerajaan membelanjakan lebih RM40 juta untuk diagih kepada 150,000 keluarga di seluruh negeri.