Khamis, Julai 07, 2011

Empat Remaja Maut Ketika Lumba Haram Di Pasir Mas - TAHNIAH & SYABAS


View Image
Gambar hiasan saja
PASIR MAS: Empat remaja yang berlumba haram maut apabila motosikal yang ditunggang mereka merempuh satu sama lain dalam kejadian di Kampung Banggol Chicha, di sini petang Rabu.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas Asisten Komisioner (ACP) Haliludin Rahim berkata mereka ialah Mohd Amirul Afiq Baharom, 17, Raja Ahmad Muzamil Raja Mansor, 18, Mohd Fikri Mat, 19, dan Abdul Muhaimin Makhtar, 21.
"Mereka mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan semuanya maut di tempat kejadian," katanya kepada pemberita, di sini Rabu.

Rabu, Julai 06, 2011

Kilasan Singkat Facebook

markzuckerberg
FACEBOOK kini lagi booming!! Bukan hanya di kalangan masyarakat umum, namun juga di kalangan blogger. Facebook ternyata diperkenalkan pertama kali pada 4 Februari 2004 oleh Mark Zuckerberg sebagai media untuk saling mengenal bagi para mahasiswa Harvard.

Hebohnya, dalam waktu dua minggu setelah dilancarkan, separuh dari semua mahasiswa Harvard telah mendaftar dan memiliki account di Facebook.

Selasa, Julai 05, 2011

36 bom petrol dirampas, dipercayai ada kaitan dengan Bersih - Adakah ini bersih ????

View Image

SHAH ALAM 5 Julai – Polis merampas 20 bilah parang, 36 botol bom petrol dan sejumlah bebola besi dalam serbuan di belakang tokong Cina di Batu 14, Jalan Gombak Lama dekat sini, malam semalam, disyaki berkaitan perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Sabtu ini.

Dalam serbuan itu, polis turut menemui 44 baju-T berlambang Bersih 2.0 dan sejumlah lilitan kepala berwarna merah serta kuning yang kesemuanya disimpan di dalam lima buah beg pakaian dan dua beg plastik.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Hamzah berkata, taktik digunakan oleh mereka terlibat sama dengan golongan komunis semasa zaman darurat.

Pasangan kembar ditemui mati berpelukan dalam kebakaran

View Image

KUALA TERENGGANU: Pasangan kembar berusia tiga tahun tiga bulan ditemui mati berpelukan dalam kejadian kebakaran di sebuah rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Kampung Durian Mas, Manir di sini, pagi tadi. 

Dalam kebakaran jam 9.18 pagi itu, mangsa Norfatin Fazanah Hamid dan Norfatin Fazana ditemui mati dalam sebuah bilik di rumah itu dipercayai terperangkap.

Isnin, Julai 04, 2011

Titah Khas Yang di-Pertuan Agong

View Image

ISTANA Negara malam ini mengeluarkan Titah Khas Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin mengenai perhimpunan haram anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) pada 9 Julai ini.

Berikut adalah teks penuh Titah Khas Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin:

Syabas! Kita ke pusingan kedua

Team Malaysia

KUALA LUMPUR - Malaysia mara ke pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 berdasarkan peraturan kelebihan gol di tempat lawan sekalipun tewas 2-3 kepada Taiwan, semalam.

Dengan agregat yang terikat 4-4, dua gol yang dijaringkan di Stadium Perbandaran Taipei sudah cukup untuk meletakkan skuad Harimau Malaya menempah pertemuan seterusnya dengan Singapura pada 23 Julai ini.

Ahad, Julai 03, 2011

Tindakan Tegas Jika Terlibat Dengan Perhimpunan Haram


Berdasarkan pemantauan, risikan dan reaksi yang diterima di seluruh Negara, masih terdapat individu dan pihak tertentu yang berdegil dan berkeras untuk menganjurkan Perhimpunan Haram pada 9 Julai nanti.

Melalui Sidang Media yang diadakan di Dewan Theatrette, Menara 1, Bukit Aman pada hari ini, Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara berkata, pihak polis tidak akan berkrompomi dalam hal ini, sama ada terdapat cadangan 'routing', tempat berkumpul dan sebagainya, kerana ianya boleh menimbulkan keadaan huru-hara dan dikhuatiri akan melibatkan kerosakan harta benda, kecederaan dan kehilangan nyawa.