Khamis, November 22, 2012

Cuepacs Setuju Kenaikan Pangkat Secara Time-Based Diperluas Ke Seluruh Sektor Awam


Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menyambut baik dan bersetuju dengan cadangan kerajaan supaya kenaikan pangkat secara 'timed-based', yang kini dinikmati sektor pendidikan dan kesihatan, diperluas kepada perkhidmatan awam lain.
Presidennya, Datuk Omar Osman berkata langkah ini sememangnya dinantikan penjawat awam lain.
"Kalau semua kementerian menggunakan kaedah time-based, itu satu perkara yang amat ditunggu-tunggu oleh semua penjawat awam, sebab di situ nanti mereka akan dapat meningkatkan produktiviti dan prestasi kerja mereka.

Rabu, November 21, 2012

NOTIS PEMBERITAHUAN PEPERIKSAAN RADIO AMATUR SIRI KEDUA 2012

PEPERIKSAAN RAE

Mahathir: Orang Arab berani, tapi tak mungkin gerak misi 9/11


Tun Dr Mahathir Mohamad.
KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mendedahkan kesan serangan 11 September terhadap Amerika dan menyifatkannya sebagai bencana terburuk akibat perbuatan manusia sejak Perang Dunia yang lepas berakhir.
Beliau berkata, peristiwa itu mengakibatkan kematian ratusan ribu rakyat Iraq dan Afghanistan serta beberapa ribu tentera Amerika dan British, selain kemusnahan dunia negara Islam itu.

"Ia telah membahagikan dunia kepada Islam dan bukan Islam, serta menabur benih syak wasangka dan kebencian di antara mereka," katanya sambil menambah, peristiwa itu turut menjejas keselamatan negara di dunia sehingga terpaksa membelanjakan bertrilion dolar untuk langkah keselamatan.

Selasa, November 20, 2012

UPSR: Calon dapat semua A menurun


PUTRAJAYA 19 Nov. - Gred Purata Nasional (GPN) bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun ini menurun sebanyak 0.01 mata iaitu 2.31 berbanding 2.30 pada tahun lepas.

Pengarah Peperiksaan Lembaga Peperiksaan, Dr. Na'imah Ishak berkata, peratusan calon yang mendapat pencapaian Baik dengan minimum gred C iaitu tidak termasuk semua A bagi semua mata pelajaran yang diduduki, meningat sebanyak 1.49 peratus daripada 55.45 peratus pada tahun lepas kepada 56.94 peratus pada tahun ini.

"Namun begitu, pencapaian calon Cemerlang yang mendapat semua A, menurun sebanyak 0.54 peratus iaitu daripada 9.48 peratus pada 2011 kepada 8.94 peratus pada 2012," katanya ketika mengumumkan keputusan UPSR di sini hari ini. - UTUSAN

Ahad, November 18, 2012

Masjid dan surau digesa adakan solat hajat untuk rakyat Palestin


Semua masjid dan surau di negara ini diminta untuk mengadakan solat hajat bagi mendoakan keamanan dan keselamatan rakyat Palestin daripada kezaliman tentera Israel.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata solat hajat itu boleh diadakan tidak mengira waktu malah setiap individu beragama Islam juga boleh melakukan solat hajat bagi memohon keselamatan rakyat Palestin.

"Kita tahu bukan hanya ada serangan udara, ini hanya permulaan sahaja dan akan ada serangan darat daripada Israel jadi saya seru setiap masjid, surau dan umat Islam di negara ini untuk mengadakan solat hajat.

"Kita bermohon kepada Allah agar rakyat Palestin selamat daripada kekejaman Israel dan saya harap juga semua umat Islam di dunia bangkit membantah serta mengecam perlakuan kejam Israel kepada penduduk Palestin," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Khatan Perdana 2012 anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Jerai di Hospital Yan di sini hari ini.