Memaparkan catatan dengan label STPM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label STPM. Papar semua catatan

Isnin, Februari 21, 2011

STPM Terengganu Terus Meningkat

KUALA TERENGGANU - Keputusan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2010 bagi negeri Terengganu, terus mencatatkan peningkatan membanggakan apabila Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) memperoleh 2.49 peratus berbanding 2.38 peratus bagi tahun sebelumnya.
Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT), Encik Razali Daud, berkata lebih membanggakan  seramai 12 pelajar mencapai PNGK 4.00 berbanding  hanya lapan pelajar bagi tahun2009.
“Pencapaian calon yang mendapat 5 prinsipal meningkat sebanyak 0.26 peratus kepada 8.70 peratus bagi tahun 2010 berbanding 8.44 peratus pada 2009. Manakala calon yang mendapat 4 prinsipal meningkat 1.90 peratus (44.06 peratus pada 2010 manakala 2009 pula  42.16 peratus).