Memaparkan catatan dengan label Pengedar Dadah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pengedar Dadah. Papar semua catatan

Selasa, April 12, 2011

Bekas Pemain Bola Sepak Ditahan Miliki 120 Gram Heroin

KUALA TERENGGANU, 11 April (Bernama) -- Seorang bekas pemain bola sepak Piala Presiden pasukan Terengganu dan isterinya ditahan kerana disyaki terlibat dengan pengedaran dadah.

Pemain bola sepak berusia 21 tahun dan isterinya berusia 34 tahun itu ditahan dalam serbuan polis ke rumah pasangan itu di Taman Tasik, Wakaf Dua, Bukit Payong pada pukul 9.30 malam, Sabtu lepas.

Polis menemui dadah jenis heroin seberat 120 gram yang dianggar bernilai RM30,000 di rumah itu, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri Supt Roslan Abd Wahid.

Isnin, Januari 24, 2011

Polis Terengganu tahan 11 disyaki pengedar dan penagih !!!

KUALA TERENGGANU: Polis menahan 11 lelaki disyaki pengedar serta penagih dadah, dan merampas 40 gram heroin, 3,940 pil kuda serta dua kereta, yang semuanya dianggar bernilai RM156,624 dalam lima serbuan sejak Rabu lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Terengganu, Superintendan Roslan Abd Wahid berkata dalam serbuan pertama pada 4.30 petang Rabu lepas, polis menahan dua lelaki berumur 28 dan 19 tahun di sebuah rumah di Kampung Durian Kasim, Hulu Terengganu.


Katanya, ketika hendak ditangkap, salah seorang lelaki itu didapati membuang satu bungkusan berwarna hitam ke lantai rumah, dan apabila diperiksa bungkusan itu didapati mengandungi 1,940 pil kuda yang dianggar bernilai RM67,900.