Sabtu, April 09, 2011

Seberang Takir perintis Sebuah Rumah, Seorang Graduan


Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir menjadi lokasi perintis program `Sebuah Rumah, Seorang Graduan’ sebelum program yang sama dilaksanakan di seluruh Terengganu secara berperingkat-peringkat.

Seramai 28 keluarga dari Kampung Tok Jembal dan Kubang Badak, DUN Seberang Takir terpilih menjadi keluarga angkat kepada 31 pelajar Universiti Malaysia Terengganu (UMT) yang terdiri daripada pelbagai kursus pengajian.

Derita bayi jantung di luar badan

JOHOR BAHRU - Sukar dipercayai apabila seorang bayi lelaki comel dilahirkan dalam keadaan organ jantungnya terletak di luar tubuhnya sendiri.
Itulah takdir Koh Jun Hao yang kini berusia 14 hari apabila organ jantungnya terletak di dada, bukan di dalam tubuh sebagaimana kebiasaan.
Lebih menyayatkan hati, bayi berkenaan memerlukan 20 kali pembedahan bagi membolehkan jantungnya itu ditutup dengan kulit tiruan.

Jumaat, April 08, 2011

Gengster budak sekolah

KUALA TERENGGANU - Perasaan mahu membalas dendam yang membuak-buak mendorong sekumpulan lebih 20 pelajar sebuah sekolah menengah agama dekat sini menyerbu Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Durian Guling, Marang untuk memukul seorang pelajar tingkatan lima.
Serangan ala gengster pada pukul 11 pagi itu berlaku apabila kesemua pelajar terbabit menceroboh sekolah mangsa lalu pergi ke kelas Wan Nur Azri Wan Mohamad, 17, selepas waktu rehat sebelum membelasahnya di belakang bangunan makmal.
Difahamkan, kumpulan pelajar tersebut datang ke sekolah berkenaan dengan menaiki kenderaan dari sekolah mereka yang terletak kira-kira dua kilometer dari tempat kejadian.

Khamis, April 07, 2011

Karnival kerjaya bantu pelajar

Kerajaan negeri sentiasa menyokong usaha dilakukan pelbagai pihak dalam menganjurkan aktiviti atau program yang menjurus kepada bimbingan kerjaya untuk kalangan belia lepasan sekolah termasuk Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains & Teknologi dan Sumber Manusia Negeri, YB Haji Ahmad Razif Abd Rahman, berkata karnival kerjaya dapat membantu pelajar atau mahasiswa mendapatkan maklumat mengenai dunia pekerjaan.

Katanya, maklumat itu dilihat amat penting kerana ia kerana dapat memberi peluang, panduan dan hala tuju untuk pelajar lepasan sekolah memilih kursus bagi menyambung pelajaran seterusnya menentukan kerjayaan bersesuaian dengan kelulusan yang bakal mereka dimiliki.

Rabu, April 06, 2011

Guru pra sekolah dihantar ikuti KPLI dan KDPM

Kerajaan negeri membelanjakan RM423,300 untuk menghantar 65 orang guru mengikuti Kursus Perguruan Lepasan Sekolah (KPLI) dan Kursus Diploma Perguruan Malaysia (KDPM) untuk penambahbaikan dan menaiktaraf guru pra sekolah Yayasan Islam Terengganu (YIT).

Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, YB Haj Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, tempoh pengajian KPLI adalah setahun enam bulan dan 20 guru yang terpilih menelan kos RM67,200 atau RM3,360 seorang.

MRSM KT cipta nama peringkat antarabangsa


Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Terengganu mencipta nama di peringkat antarabangsa apabila pelajarnya memenangi pelbagai kejohanan dan pertandingan rekacipta peringkat berkenaan.

Terbaru, pelajarnya, Muhammad Amiruddin Razali, 17, yang mewakili pasukan ragbi kebangsaan, muncul johan Kejohanan Ragbi Sekolah Antarabangsa 2011, yang diadakan di Thailand, baru-baru ini.

Isnin, April 04, 2011

Ahad, April 03, 2011

Kerajaan Rangka Kajian Kualiti Hidup


Kerajaan Terengganu sedang merangka untuk menyiapkan kajian kualiti hidup di negeri ini bagi memudahkan usaha menangani masalah jenayah, terutama yang melibatkan golongan remaja.
Langkah itu penting kerana kajian mengenai perkara itu merupakan salah satu petunjuk utama kualiti kehidupan yang meliputi aspek keselamatan dan ketenteraman awam.

Terengganu Mahu Jadi Hab AirAsia Pantai Timur

KUALA TERNGGANU, 2 April (Bernama) -- Kerajaan negeri Terengganu merancang untuk menjadikan negeri itu sebagai hab penerbangan AirAsia bagi daerah pantai timur Semenanjung.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata kerajaan negeri juga merancang untuk mengadakan kerjasama dengan AirAsia bagi melatih anak-anak Terengganu sebagai juruterbang dan jurutera syarikat tersebut.

"Baru-baru ini kita telah mengadakan rundingan dengan AirAsia bagi menjadikan Terengganu sebagai hab penerbangan AirAsia di sebelah pantai timur serta melatih anak-anak Terengganu menjadi juruterbang serta dan jurutera.