Memaparkan catatan dengan label Mati Lemas. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Mati Lemas. Papar semua catatan

Sabtu, Januari 18, 2014

Seorang remaja dikhuatiri lemas dipukul ombak


PASIR PUTEH - Seorang remaja perempuan hilang dan dikhuatiri lemas manakala empat rakannya yang hampir lemas terselamat, ketika mandi dan berkelah di pantai Air Tawar, Kuala Tok Bali di sini hari ini.

Norfarahani Yusof, 19, hilang dihanyut ombak manakala sepupunya Norafiqah Akmal Mohd Saufi, 14, yang ada bersama mangsa pada kejadian yang berlaku pukul 3.30 petang itu sempat diselamatkan seorang lelaki, Norisam Karim, 40, yang melihat kejadian itu.

"Ketika kejadian, saya berada di daratan kira-kira 30 meter apabila melihat Norafiqah terkapai-kapai. Saya berenang dengan seorang lagi lelaki yang tidak dikenali, lalu membawanya ke tepi pantai," kata Norisam kepada pemberita di tempat kejadian di sini hari ini.

Norafiqah berkata pada mulanya mangsa cuba membantunya ketika dia lemas tetapi Norfarahani didapati hilang dihanyutkan ombak setelah terlepas daripada genggaman tangannya.

"Saya hanya sempat melihat dia tenggelam timbul dan meminta tolong tetapi selepas itu dia hilang dihanyutkan ombak," katanya dengan sedih.

Norafiqah berkata dia dan mangsa serta tiga rakan remaja lelaki datang untuk berkelah dan mereka pernah datang ke situ kira-kira dua tahun lepas.

Muhamad Nasrullah Norisham, 19, pula berkata dia dan dua lagi rakannya hampir lemas ketika mandi kira-kira 10 meter dari Norafiqah dan Norfarahani.   

"(Bagaimanapun) Kami (bertiga) bersyukur kerana terselamat apabila sempat berenang ke tepi walaupun dalam keadaan yang tidak bermaya," katanya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh Wan Baijuri Wan Hassan berkata 12 anggota bomba termasuk unit skuba dari Kota Baharu berkejar ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan pada 4.17 petang.

Katanya turut membantu gerakan mencari ialah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, polis, Rela dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia.


Beliau berkata gerakan mencari akan diteruskan sehingga malam ini di kawasan persisiran pantai tersebut. - Bernama

Ahad, Disember 15, 2013

Pantai, sungai Terengganu masih belum selamat


Kesemua pantai dan sungai di kawasan peranginan di Terengganu didapati tidak selamat untuk aktiviti air terutama pada musim tengkujuh sekarang, kata Ketua Polis Terengganu, Datuk Jamshah Mustapa.

Ia ekoran beberapa kes lemas di pantai telah dicatatkan sepanjang musim tengkujuh ini dengan terbaru, seorang lelaki nyaris lemas ketika mandi di Pantai Batu Buruk awal pagi tadi.

Manakala pada Jumaat, dua pelajar Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) Dungun terkorban ketika mandi di Pantai Teluk Bidara, Dungun. 

Justeru Jamshah mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti di tempat-tempat berisiko.  

Menurutnya sepanjang musim tengkujuh ini semua tempat seperti itu adalah tidak selamat untuk mandi dan disokong dengan faktor cuaca yang tidak menentu selain faktor geografi yang berubah.

Katanya orang ramai perlu lebih peka terhadap keadaan cuaca dan persekitaransebelum melakukan aktiviti di air terutamanya pada musim sekarang.   

"Sekarang ini musim tengkujuh dan bencana banjir baru sahaja melanda negeri ini, jadi orang ramai perlu waspada sebelum membuat keputusan bermandi-manda dikawasan berisiko seperti itu.

"Jika kita lihat sekarang nelayan sendiri tidak mengambil risiko turun ke laut pada musim tengkujuh ini kerana tahu bahaya yang menanti mereka jadi kita perlu beringat-ingatlah," katanya kepada pemberita di sini hari ini. 

Jamshah turut menyarankan orang ramai agar pergi ke tempat yang lebih sesuai untuk beriadah seperti di kolam renang untuk keselamatan. - Bernama

Rabu, Disember 26, 2012

Banjir: Wanita lemas, korban pertama Terengganu


banjir
KUALA TERENGGANU -  Seorang wanita menjadi korban pertama banjir di Terengganu apabila ia ditemui lemas setelah terjatuh ke dalam sungai Lanjut berdekatan Jambatan Permaisuri semalam.
Ketua Operasi Penyelamat Balai Bomba dan Penyelamat Setiu, Mohd Izani Zakaria ketika mengesahkan kejadian itu berkata, pihaknya dengan bantuan penduduk kampung, menemui mayat mangsa pada pukul 6.30 petang berdekatan tempat mangsa terjatuh.  

Rabu, Februari 09, 2011

Mangsa lemas masih gagal ditemui

KAMPUNG GELIGA BARU – Rasa hiba ibu mangsa lemas, Azizah Yahya, 46, yang masih lagi kelihatan trauma dan lemah dengan kejadian anaknya, Zainal Ikmal Abdullah, 12, yang dikhuatiri lemas sejak Jumaat lalu dikongsi bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai, Datuk Mohamed Awang Tera yang turun menziarahi Azizah sekeluarga di rumahnya, petang semalam. 

Bagi meringankan penderitaan yang ditanggung mangsa sekeluarga, :Mohamed yang hadir bersama rombongan Pejabat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Chukai turut menyampaikan sedikit sumbangan. 

Rabu, Januari 26, 2011

Dikhuatiri lemas setelah terjun sungai

KUALA TERENGGANU 25/01/11 – Seorang lelaki dikhuatiri lemas setelah terjun ke dalam sungai di Kampung Pulau Bahagia, di sini malam tadi.
Bagaimanapun laporan kehilangan Khairul Hakim Dagang, 20, hanya dibuat pada pukul 3 petang ini di Balai Polis Manir.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu, Ismail Mat Hassan berkata, operasi mencari dan menyelamat dijalankan oleh 15 anggota termasuk unit skuba sebaik pihaknya menerima laporan mengenai kehilangan itu.
Lelaki itu dikatakan berada di tepi sungai itu bersama tiga lagi rakannya dan menurut laporan yang diterima, dia bersama seorang rakan terjun ke dalam sungai itu apabila terkejut dengan kehadiran polis, katanya ketika di temui di tempat kejadian hari ini.
Beliau berkata. pemuda itu dikatakan tidak tahu berenang, manakala rakan-rakannya dapat menyelamatkan diri. – Bernama

Isnin, Januari 24, 2011

Tenggelam sebaik terjun

HULU TERENGGANU - Kegembiraan 11 rakan sekerja yang juga kakitangan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) berkelah di Air Terjun Belukar Bukit, di sini semalam, bertukar tragedi apabila salah seorang daripada mereka ditemui lemas sewaktu sedang mandi-manda di destinasi pelancongan itu. 

Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi semalam, mangsa, Mohd Alif Mahade, 23, seorang juru x-ray di HSNZ dikatakan terus tenggelam sebaik sahaja terjun dari atas batu kerana tidak pandai berenang, ditemui seorang penduduk tempatan, Mohd Nazri Mat Sharif, 30. 

Selasa, Januari 18, 2011

Bot Karam di perairan Pelabuhan Chendering

Kejadian berlaku pada 16 JAN 2011 jam 4.30 pagi sebuah bot pukat tunda nombor pendaftaran TRF 303 dengan seorang tekong dan 2 orang awak2 keluar ke laut.  Jam 5.30 pagi tekong mendapati botnya bocor dan cuba melabohkan pukat di 2 Batu Nautika dari pantai.  Tapi malangnya ketika itu angin monsoon bertiup dengan kelajuan diantara 60 hingga 70 km/j menyebabkan bot mangsa tenggelam.  Dua daripada mangsa berjaya berenang ke tepi pantai, dan ditemui terdampar kira-kira jam 1.00 t/hari.  Manakala seorang lagi mangsa tidak ditemui sehinggalah hari ini 18 JAN 2011.   Mangsa yang masih belum ditemui dikenali dengan nama ABDULLAH  BIN SALLEH, Um: 58 tahun, manakala 2 orang lagi mangsa dikenali dengan nama YUSOF BIN SALLEH, 49 th dan MD ALI BIN MUSA, 61 th, masih lagi dirawat di Hospital SNZ, Kuala Terengganu.

Usaha menyelamat masih lagi dijalankan terdiri daripada beberapa agensi kerjaan seperti APMM, Bomba,   yang membuat pemantauan dari pantai Rusila, memandangkan keadaan angin tidak mengizinkan untuk bot-bot penyelamat membuat tinjauan daripada laut. Rakam video serta gambar berikut menunjukan keadaan ombak serta angin yang bertiup dikawasan perairan Chendering dan Marang.