Jumaat, Januari 07, 2011

Banjir makin buruk di Terengganu 1,638 dipindahkan

KUALA TERENGGANU, 7 Jan. - Keadaan banjir yang melanda Terengganu sejak dua hari lepas bertambah buruk dengan jumlah mangsa yang dipindahkan meningkat kepada 1,638 orang berbanding 692 petang semalam.

Jurucakap Majlis Keselamatan Negara negeri berkata sehingga 9 pagi ini, 935 orang daripada 283 keluarga di Hulu Terengganu dipindahkan berbanding 414 petang semalam manakala di Setiu, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 403 orang berbanding 259 petang semalam.

Daerah Kemaman yang mula dilanda banjir petang semalam, semakin teruk apabila jumlah mangsa meningkat kepada 265 orang berbanding 19 petang semalam.

Di Dungun orang orang daripada dua keluarga dari Kampung Telaga Mas, Paka, dipindah ke Bangunan UMNO Kuala Paka manakala di Marang, dua orang dipindahkan ke dewan orang ramai Kampung Temala semalam. - Bernama

Khamis, Januari 06, 2011

Terhangat 2010

GOOGLE baru-baru ini mengumumkan Zeitgeist tahunannya, iaitu visi sepanjang 2010 melalui data kolektif dunia dalam laman web.

Laporan 2010 hujung tahun Zeitgeist menawarkan perspektif yang unik kepada peristiwa besar paling diingati tahun ini dan trend terpantas berdasarkan carian global, serta carian dilakukan di Malaysia menerusi google.com.myDi Malaysia, pencarian untuk Proton Inspira, iaitu kereta nasional yang menyerupai Mitsubishi Lancer, berjaya mengalahkan carian hebat lain seperti Apple iPad serta Piala Dunia 2010. Carian paling pantas meningkat tahun 2010 juga menunjukkan Malaysia berada di atas talian untuk menjenguk drama Indonesia, Benci Bilang Cinta, menghabiskan masa berinteraksi melalui Facebook, mencari tawaran terbaik menerusi mudah.com.my dan mengemaskini berita terbaru.Mereka juga terus bermain permainan video atas talian seperti Didi dan terus mengikuti perkembangan penyanyi sensasi remaja, Justin Bieber.

Beliau mungkin tidak dikenali di sebahagian besar dunia, tapi peminat tempatan penyanyi kelahiran Sweden/Lubnan, Maher Zain meletakkan beliau di atas senarai carian individu paling pantas meningkat berbanding Bieber dan pelakon Indonesia penuh kontroversi dengan skandal seksnya, Luna MayaCarian Bahasa Malaysia pada google.com.my juga terbukti sangat popular.Sebagai contoh, pencarian untuk 'tokek' (Tokay Gecko) menjadikan istilah tersebut No.1 dalam senarai berita panas tempatan paling pantas meningkat selepas laporan berita menyatakan bahawa daging binatang tersebut boleh mencecah sehingga RM1 juta sekilogram di pasaran luar negara dan mungkin juga digunakan sebagai ubat untuk HIV / AIDS. Penduduk Malaysia juga ingin menikmati kebebasan kewangan melalui pelbagai kaedah, dengan carian menggunakan soalan 'Bagaimana untuk memulakan perniagaan' berada di kedudukan teratas berbanding carian lain yang bermula dengan 'bagaimana ...' dalam senarai 'bagaimana...' paling pantas meningkat.Anda boleh menganggap kesemua persoalan ini seakan shooting star - kerana kedudukan mereka dalam carian meningkat dengan cepat!

Televisyen hibrid pertama di dunia

Hampir semua individu 'wajib' mempunyai televisyen, telefon bimbit dan komputer sama ada komputer meja atau komputer riba tetapi masalahnya kita tidak boleh menggunakannya secara serentak.
Jawapannya ada pada televisyen hibrid yang akan dilancarkan tidak lama lagi.
Justeru YTL Communications Sdn. Bhd. telah menandatangani Perjanjian Perkhidmatan dan Lesen dengan pereka televisyen generasi akan datang, Sezmi Corporation baru-baru ini.
Perjanjian berkenaan memberikan YTL Communications hak menyusun atur perkhidmatan televisyen hibrid di negara ini dan Asia Pasifik serta menjadikan negara sebagai pemimpin operasi hub bagi media digital dan penyiaran televisyen di rantau ini.
Ini menjadikan Malaysia sebagai negara pertama di dunia melancarkan perkhidmatan televisyen hibrid tanpa wayar akhir tahun depan.

Mangsa banjir di Terengganu meningkat

KUALA TERENGGANU 6 Jan. - Keadaan banjir di Terengganu malam ini bertambah buruk dengan jumlah mangsa yang dipindahkan meningkat kepada 692 orang daripada 65 keluarga berbanding 144 orang petang tadi.

Jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) negeri berkata, sehingga pukul 8 malam ini seramai 414 orang daripada 210 keluarga di Hulu Terengganu dipindahkan berbanding 52 orang petang tadi.

Mukim-mukim yang terlibat dengan banjir di Hulu Terengganu ialah Hulu Telemong, Hulu Berang dan Bukit Diman, katanya ketika dihubungi di sini.

Di Setiu pula, jumlah mangsa banjir yang dipindahkan meningkat kepada 259 orang membabitkan 65 keluarga berbanding 92 orang daripada 28 keluarga sebelum ini.

Jurucakap itu berkata, di Kemaman 19 orang daripada lima keluarga di Padang Kubu dipindahkan ke pusat pemindahan petang ini.

Sebanyak 14 pusat pemindahan dibuka sehingga pukul 8 malam ini iaitu sembilan di Hulu Terengganu, satu di Kemaman dan empat di Setiu, katanya. - Bernama

Rabu, Januari 05, 2011

'Topi keledar maut’ berharga RM1.2 juta

CANGGIH...topi keledar yang menjadi senjata baru juruterbang RAF
.


LONDON: Topi keledar era angkasa lepas baru ini akan membolehkan juruterbang Tentera Udara Diraja Britain (RAF) menembak jatuh pesawat dengan hanya melihatnya.

‘Topi keledar maut’ yang berharga �250,000 (RM1.2 juta) itu menyerupai kelengkapan yang digunakan pelakon filem Star Wars dan satu daripada kemajuan terbesar yang pernah dicapai dalam keupayaan melakukan serangan.

Apa yang perlu dilakukan oleh seseorang juruterbang untuk memusnahkan musuhnya ialah dengan merenungnya saja.

Sasaran akan muncul dalam pelindung muka juruterbang, membolehkannya memilih sasaran dan menembak.

Lebih menarik lagi, dia boleh menembak sasaran yang berada di sisi, atas atau bawah, asalkan ia boleh dilihat. Ia berfungsi dengan menggunakan penderia pada topi keledar itu.

Ia akan dikesan oleh penderian lain dalam kokpit.

Juruterbang, Mark Bowman berkata: “Ia bermakna berakhirnya pertempuran di udara. Biasanya anda perlu berada di belakang pesawat musuh.

“Dengan topi keledar baru ini, saya menghalakan senjata dengan kepala saya.”

Topi keledar baru itu yang dicipta oleh syarikat Britain, BAE Systems, kini digunakan oleh juruterbang pesawat Typhoon RAF. - Agensi

16.8 JUTA RAKYAT MALAYSIA GEMUK

Ketika saya membaca akhbar Kosmo 16 November lepas, saya tertarik dengan isu utama muka depan, 'Malaysia negara orang gemuk.'

Menteri Kesihatan Malaysia Datuk Seri Liow Tiong Lai memberitahu bahawa 16.8 juta rakyat Malaysia mempunyai masalah kegemukan dan 8.4 juta daripadanya diketegorikan sebagai 'obese.' Jadi, memandangkan saya terlibat secara lansung dalam industri kesihatan dan kecergasan sejak beberapa tahun lalu, saya ingin kongsikan pengalaman saya.

Benarkah 16.8 Juta Rakyat Malaysia Gemuk? Mungkin. Tetapi itu bukanlah satu kejutan. Obesiti atau masalah berat badan adalah masalah sedunia. Tiga Punca Masalah Berat Badan di Malaysia.

Yang pasti, terdapat banyak faktor yang menyebabkan 8.4 juta rakyat Malaysia dikategorikan sebagai obese. Gaya hidup, pemakanan, kehidupan yang terlalu selesa dan lain-lain. Tetapi ia merupakan masalah semua orang tidak kira samada di Malaysia, Jerman mahupun Amerika Syarikat. Jadi, jom kita lihat 3 punca yang akan saya kongsikan.

Selasa, Januari 04, 2011

Kedai Panel

Restoran Merbau Seafood beralamat di Kg. Seberang Takir, Kuala Terengganu, adalah tidak asing bagi Warga Kelab Radio Amatur & Rekreasi (Pemancar) Zon Kuala Terengganu/Marang dan Kuala Nerus.  Restoran ini dikenali dengan panggilan Kedai Panel.  Tempat berkumpul menjamu selera serta menghilangkan dahaga bagi warga Pemancar.  Terdapat berbagai jenis makan laut yang enak-enak disamping makanan kesukaan iaitu 'Roti Canai' ala-mamak.  Restoran ini dibuka mulai jam 5.00 petang hingga lewat pagi.