Khamis, Januari 06, 2011

Terhangat 2010

GOOGLE baru-baru ini mengumumkan Zeitgeist tahunannya, iaitu visi sepanjang 2010 melalui data kolektif dunia dalam laman web.

Laporan 2010 hujung tahun Zeitgeist menawarkan perspektif yang unik kepada peristiwa besar paling diingati tahun ini dan trend terpantas berdasarkan carian global, serta carian dilakukan di Malaysia menerusi google.com.myDi Malaysia, pencarian untuk Proton Inspira, iaitu kereta nasional yang menyerupai Mitsubishi Lancer, berjaya mengalahkan carian hebat lain seperti Apple iPad serta Piala Dunia 2010. Carian paling pantas meningkat tahun 2010 juga menunjukkan Malaysia berada di atas talian untuk menjenguk drama Indonesia, Benci Bilang Cinta, menghabiskan masa berinteraksi melalui Facebook, mencari tawaran terbaik menerusi mudah.com.my dan mengemaskini berita terbaru.Mereka juga terus bermain permainan video atas talian seperti Didi dan terus mengikuti perkembangan penyanyi sensasi remaja, Justin Bieber.

Beliau mungkin tidak dikenali di sebahagian besar dunia, tapi peminat tempatan penyanyi kelahiran Sweden/Lubnan, Maher Zain meletakkan beliau di atas senarai carian individu paling pantas meningkat berbanding Bieber dan pelakon Indonesia penuh kontroversi dengan skandal seksnya, Luna MayaCarian Bahasa Malaysia pada google.com.my juga terbukti sangat popular.Sebagai contoh, pencarian untuk 'tokek' (Tokay Gecko) menjadikan istilah tersebut No.1 dalam senarai berita panas tempatan paling pantas meningkat selepas laporan berita menyatakan bahawa daging binatang tersebut boleh mencecah sehingga RM1 juta sekilogram di pasaran luar negara dan mungkin juga digunakan sebagai ubat untuk HIV / AIDS. Penduduk Malaysia juga ingin menikmati kebebasan kewangan melalui pelbagai kaedah, dengan carian menggunakan soalan 'Bagaimana untuk memulakan perniagaan' berada di kedudukan teratas berbanding carian lain yang bermula dengan 'bagaimana ...' dalam senarai 'bagaimana...' paling pantas meningkat.Anda boleh menganggap kesemua persoalan ini seakan shooting star - kerana kedudukan mereka dalam carian meningkat dengan cepat!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan