Restoran Merbau Seafood beralamat di Kg. Seberang Takir, Kuala Terengganu, adalah tidak asing bagi Warga Kelab Radio Amatur & Rekreasi (Pemancar) Zon Kuala Terengganu/Marang dan Kuala Nerus.  Restoran ini dikenali dengan panggilan Kedai Panel.  Tempat berkumpul menjamu selera serta menghilangkan dahaga bagi warga Pemancar.  Terdapat berbagai jenis makan laut yang enak-enak disamping makanan kesukaan iaitu 'Roti Canai' ala-mamak.  Restoran ini dibuka mulai jam 5.00 petang hingga lewat pagi.
| Tuan punya restoran menjanjikan layanan yang seimbang serta harga yang berpatutan. Selamat Datang dan Mencuba Masakan Pantai Timur | 
 
 
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan