Sabtu, Julai 16, 2011

Makan Jering Berlebihan Boleh Rosakkan Buah Pinggang

View Image

KOTA BAHARU, 15 Julai (Bernama) -- Kandungan 'djengkolic acid' dalam jering, sejenis buah yang dijadikan ulam, boleh merosakkan buah pinggang jika dimakan secara berlebihan, kata Pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia Datuk Dr Zaki Morad Mohd Zaher.

Beliau berkata ramai di kalangan masyarakat di negara ini gemarkan jering yang dianggap pembuka selera ketika menikmati juadah nasi tanpa menyedari bahaya buah berkenaan.

Khamis, Julai 14, 2011

ARSENAL 4 MALAYSIA 0

View Image

KUALA LUMPUR: Pasukan Arsenal menewaskan skuad pilihan Malaysia 4-0 pada perlawanan persahabatan sempena Jelajah Asia 2011 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Rabu.
The Gunners berjaya meraih gol pertama seawal minit kelima permainan melalui sepakan penalti yang dilakukan oleh Aaron Ramsey selepas Jack Wilshere dijatuhkan dalam kotak penalti oleh Mohd Aidil Zafuan.

Selasa, Julai 12, 2011

Mat Rempit Digalak Sertai Pasukan Sukarelawan Simpanan TLDM

View Image

KUALA TERENGGANU, 12 Julai (Bernama) -- Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mengalu-alukan golongan belia dan remaja khususnya mat rempit untuk menyertai Pasukan Sukarelawan Simpanan TLDM (PSSTLDM).

Pegawai Pemerintah PSSTLDM Chendering, Kapten Profesor Madya Zainal Ashirin berkata inisiatif berkenaan bagi memberi peluang kepada golongan belia untuk menyertai dan seterusnya berkhidmat secara sambilan dalam badan beruniform itu.

Isnin, Julai 11, 2011

Pelajar UMT didakwa hina lagu Negaraku

View Image
KUALA TERENGGANU: Universiti Malaysia Terengganu (UMT) sudah membuat laporan polis berhubung dakwaan seorang pelajar UMT mengubah lirik lagu Negaraku, menghina Raja dan juga Perdana Menteri di dalam laman sosial Facebooknya. 

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMT, Prof Dr Yahaya Ibrahim, berkata laporan itu dibuat oleh pendaftar UMT di Balai Polis Gong Badak semalam.

Anwar petualang Agama, Bangsa Dan Negara


View Image

KUALA LUMPUR 10 Julai - Datuk Seri Anwar Ibrahim ialah petualang negara serta dalang sebenar terhadap segala kekecohan yang berlaku termasuk pada perhimpunan haram semalam, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata, perangai 'hodoh' Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu juga tidak pernah berubah dari dulu sampai sekarang.

Ahad, Julai 10, 2011

Penganjur Perhimpunan Haram Tidak Hormat Titah Agong

View Image

KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) -- Penganjur perhimpunan haram di ibu negara Sabtu ternyata tidak menghormati titah nasihat Yang di-Pertuan Agong agar perhimpunan diadakan di sebuah kawasan yang terkawal, selamat dan tidak mengganggu urusan orang ramai seperti di stadium, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.