Memaparkan catatan dengan label Pelajar UMT. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pelajar UMT. Papar semua catatan

Isnin, Julai 11, 2011

Pelajar UMT didakwa hina lagu Negaraku

View Image
KUALA TERENGGANU: Universiti Malaysia Terengganu (UMT) sudah membuat laporan polis berhubung dakwaan seorang pelajar UMT mengubah lirik lagu Negaraku, menghina Raja dan juga Perdana Menteri di dalam laman sosial Facebooknya. 

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMT, Prof Dr Yahaya Ibrahim, berkata laporan itu dibuat oleh pendaftar UMT di Balai Polis Gong Badak semalam.