Sabtu, Jun 18, 2011

Siasatan Forensik Dalam Kes Kematian Aminulrasyid Tidak Ikut Beberapa Prosedur

View Image

SHAH ALAM, 17 Jun (Bernama) -- Seorang saksi Jumaat berpendapat pasukan forensik tidak mendapatkan hasil keputusan tepat dalam siasatan kes kematian Aminulrasyid Amzah kerana tidak mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) dalam siasatan.

Bekas Ketua Unit Forensik (CSI) Polis Diraja Malaysia (PDRM) Amidon Anan berkata siasatan keseluruhan pasukan itu gagal mengguna pakai beberapa amalan seperti pemprosesan kesan belerang dari tembakan (GSR) yang dilepaskan pada hari kejadian.

Jumaat, Jun 17, 2011

Serangan Siber Dijangka Berterusan Beberapa Hari Lagi, Kata Cybersecurity

View Image
KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- Serangan terhadap beberapa laman web berkaitan kerajaan dijangka berterusan beberapa hari lagi, kata ketua pegawai eksekutif Cybersecurity Malaysia Lt Kol (B) Husin Jazri.

Beliau berkata penyerang siber menyasarkan aplikasi web yang diketahui ramai terdedah kepada kaedah serangan, mempunyai kata laluan lemah dan menyalahtatarajah.

"Cybersecurity, melalui Pasukan Respons Kecemasan Komputer Malaysia (MyCERT), mendapati wujud peningkatan ketara dalam kegiatan berkaitan keselamatan siber dalam tempoh 24 jam lepas.

Khamis, Jun 16, 2011

Warga Singapura Didakwa Rasuah Lima Pemain Bola Sepak T-Team

View Image
SEREMBAN, 15 Jun (Bernama) -- Seorang lelaki warganegara Singapura dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini terhadap lima pertuduhan memberi rasuah bernilai RM23,000 kepada pemain bola sepak Piala Presiden T-Team bagi mengatur keputusan perlawanan dengan pasukan Negeri Sembilan pada Mei tahun lepas.

R K Rajendran, 51, didakwa memberi suapan berjumlah antara RM2,000 hingga RM7,000 kepada lima pemain skuad T-Team di sebuah rumah di Taman Bidara, Seremban pada 7 petang, Mei tahun lepas.

Rabu, Jun 15, 2011

SUASANA DIPERKARANGAN UNIVERSITI TERENGGANU MALAYSIA - PART III

Bertenggo-tenggo di Restoran Telok Ketapang selepas peperiksaan:




RAE 1-2011 : SUASANA DIPERKARANGAN UNIVERSITI TERENGGANU MALAYSIA - PART II

RAKAN MENUNGGU/SELEPAS PEPERIKSAAN



SUASANA DIPERKARANGAN UNIVERSITI TERENGGANU MALAYSIA - PART I


Kuala Terengganu 15/06/2011 - Bermula jam 12.00 t/hari dipersekitaran kawasan berdekatan dengan Dewan Sultan Mizan, Universiti Terengganu Malaysia telah dipenuhi oleh rakan-rakan HAM yang datang dari seluruh Pantai Timur (Kelantan, Terengganu dan Pahang).  Peperiksaan akan bermula jam 2.30 petang.

Fenomena Gerhana Bulan Penuh, Khamis Ini

View Image

KUALA LUMPUR, 14 Jun (Bernama) -- Orang ramai berpeluang menyaksikan fenomena gerhana bulan sepenuhnya antara pukul 1.25 pagi sehingga 6.59 pagi pada Khamis ini (16 Jun).

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Othman Mustapha berkata sehubungan itu semua masjid dan surau disaran mengadakan solat sunat khusuf berserta khutbah gerhana.

ULANGKAJI TERAKHIR RAE SIRI 1-2011


TER 14/06/2011 - Bermula jam 9.00 malam, ulangkaji peperiksaan radio amatur siri 1-2011 telah diadakan di Sport Cafe TER, Kuala Ibai, Kuala Terengganu. Seramai lebih kurang 12 orang rakan-rakan mengambil peperiksaan yang akan diadakan di Universiti Terengganu Malaysia Gong Badak bermula jam 2.30 petang.

Selasa, Jun 14, 2011

Terengganu cuti umum Ahad


Menteri Besar, Dato’ Haji Ahmad Said mengumumkan Ahad ini (19 Jun) sebagai cuti umum bagi menghargai kejayaan pasukan Terengganu menjuarai Piala FA serta kontijen negeri ini menjuarai Sukan Malaysia (Sukma) XVI.

“Dengan kuasa yang ada pada saya sebagai Menteri Besar, dengan ini saya mengumumkan bahawa hari Ahad ini sebagai cuti umum bagi meraikan kejayaan atlet kita,” katanya sambil diiringi tepukan gemuruh lebih 7,000 orang yang membanjiri Dataran Shahbandar bagi meraikan skuad Terengganu dan atlet yang menyertai kejohanan Sukma dan muncul juara kali ketiga berturut-turut.

Isnin, Jun 13, 2011

Menepati Ramalan: Hazama Juara AF9


Menepati Ramalan: Hazama Juara AF9
KUALA LUMPUR – Seperti yang diramalkan Hazama Ahmad Azmi, 27 muncul juara Akademi Fantasia Kesembilan (AF9) pada konsert akhir program realiti berkenaan yang berlangsung di Dataran Putrajaya, Presint 3, Putrajaya malam ini.
Beliau membawa pulang wang tunai RM200,000, piala Astro dan hamper Power Root bernilai RM5,000.

Ahad, Jun 12, 2011

Terengganu Julang Piala FA 2011 untuk Tuanku Mizan dan Rakyat Terengganu - Tahniah



KUALA LUMPUR, 12 Jun (Bernama) -- Terengganu menamatkan kemarau selama 11 tahun untuk menjulang Piala FA selepas menumpaskan Kelantan 2-1 pada perlawanan akhir di Stadium Nasional, Bukit Jalil, di sini Sabtu malam.

Ahmad Nordin Alias menjadi wira Terengganu apabila menjaringkan gol penentuan pada masa tambahan setelah kedua-dua pasukan terikat 1-1 selepas tempoh 90 minit berakhir.

Kali terakhir Terengganu menjulang trofi itu ialah pada 2000 setelah menewaskan Pulau Pinang melalui sepakan penalti 5-3 apabila kedudukan terikat 1-1 setelah tamat masa tambahan.