Sabtu, Mac 12, 2011

Jutaan Penumpang Keretapi Bawah Tanah Di Tokyo Terkandas Selepas Gempa Bumi

TOKYO, 11 Mac (Bernama) -- Jutaan penumpang di Tokyo terkandas tengah hari Jumaat apabila khidmat keretapi bawah tanah dihentikan buat sementara selama enam jam selepas gempa bumi 8.9 pada skala Richter melanda negara ini.

Gempa bumi itu dikatakan sebagai yang terbesar melanda Jepun dalam tempoh 100 tahun.

Dianggarkan enam juta orang menggunakan khidmat keretapi bawah tanah di Metro Tokyo setiap hari.

Gempa bumi di Jepun: Polis Terengganu pantau pantai

KUALA TERENGGANU 11 Mac – Pasukan peronda polis di semua Ibu Pejabat Polis Daerah di Terengganu telah diarahkan untuk memantau sepanjang pesisir pantai Terengganu mulai petang tadi.

Pegawai Bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu, ASP Shuhaimi Jusoh berkata, ia dibuat sebagai langkah berjaga-jaga kemungkinan laut bergelora dan ombak besar ekoran gempa bumi kuat yang melanda Jepun hari ini.

Gempa bumi kuat bermagnitud 8.9 pada skala Richter yang melanda Pantai Timur Honshu, Jepun pada pukul 1.46 petang hari ini, dilapor mencetuskan fenomena tsunami setinggi 10 meter.

"Rondaan dibuat bagi memantau keadaan setelah mendapat arahan daripada Bukit Aman.

"Walaupun kita mungkin tidak terjejas dengan kejadian gempa bumi dan tsunami yang melanda Jepun, kita tetap berjaga-jaga dan pasukan peronda akan menasihatkan penduduk agar tidak melakukan aktiviti seperti mandi-manda di pantai berikutan jangkaan paras air akan naik,” kata Suhaimi.

Beliau berkata, rondaan akan dibuat sehingga tengah malam ini bergantung kepada arahan seterusnya. – Bernama

Jumaat, Mac 11, 2011

Caj insurans tak masuk akal, BNM digesa ambil tindakan tegas

KUALA LUMPUR, 10 Mac — Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini digesa supaya masuk campur untuk menangani isu caj insurans yang “tidak masuk akal” dan manipulasi pembelian insuran pihak ketiga oleh syarikat-syarikat insurans.
Isu berkenaan dibangkitkan sekali lagi di Dewan Rakyat, dan kali ini BNM digesa mencari penyelesaian segera memandangkan ia telah berlarutan sejak dua tahun lepas.
Sepakat mempertikaikan ketelusan syarikat-syarikat insurans dalam isu berkenaan, beberapa anggota Parlimen dari barisan penyokong kerajaan dan pembangkang mahu tindakan tegas diambil terhadap syarikat-syarikat terbabit demi kepentingan rakyat.
Datuk Mohamed Aziz (BN-Sri Gading) mendakwa kebanyakan syarikat insurans mengenakan kadar yang tidak masuk akal dan tinggi untuk pembelian insurans pihak ketiga yang biasanya dibeli oleh pemilik kenderaan yang berusia 10 tahun ke atas.

Khamis, Mac 10, 2011

Olimpik: Malaysia seri di Lahore, tapi menang agregat...


Malaysia catat keputusan seri tanpa jaringan di Lahore apabila anak-anak buah Ong Kim Swee itu berkunjung ke Pakistan untuk perlawanan kedua pusingan pertama kelayakan Olimpik.

Dengan keputusan itu bermakna Malaysia mara ke pusingan kedua dengan agregat 2-0. Ini berikutan kejayaan skuad Olimpik negara menundukkan Pakistan pada perlawanan pertama di Stadium Shah Alam tempoh hari.

Tahniah kepada skuad Olimpik tapi perjalanan masih jauh dik. Pusingan kedua nanti Malaysia mungkin berdepan dengan skuad yang lebih kuat berbanding Pakistan.

Household Use of the Internet Survey

Untuk mengetahui butiran lanjut sila Klik laman web berikut:

Rabu, Mac 09, 2011

Kerajaan negeri pantau prestasi pelajar guna Portal ‘Fokus A’ EBSIS2Y


Seramai 70 pelajar tingkatan lima dari tujuh sekolah menengah di daerah Setiu berpeluang menikmati kemudahan belajar secara ‘online’ menggunakan Portal ‘Fokus A’ EBSIS2Y yang disumbangan Puteri Umno Malaysia, bagi meningkatkan prestasi pembelajaran mereka.

Pergerakan Puteri Umno Malaysia menyerahkan set portal EBSIS2Y kepada pengetua tujuh sekolah terpilih di majlis khas yang diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Ibrahim, hari ini.

Selasa, Mac 08, 2011

Berkahwin dengan 29 orang Wanita - Hebat !!!!

BESUT - Umurnya kini sudah menjangkau 90 tahun, dan sekali imbas, tiada apa-apa istimewa mengenai warga emas ini. Namun, bila dia membuka cerita pernah berkahwin dengan 29 wanita, nyata dia bukan calang-calang orang. 

Abdullah Awang Besar, 90, atau lebih mesra dengan panggilan Ayah Loh memberitahu, dia berkahwin pertama kali ketika berusia 14 tahun, selepas sebulah berkhatan. 

Sejak itu, berkali-kali lagi Ayah Loh bertemu jodoh, menggenggam tangan kadi dan naik pelamin, hinggalah mencecah angka 29.

Tadarus Al-Quran isi program cuti sekolah


Penduduk tempatan boleh membawa anak-anak mereka ke Masjid Kristal di Taman Tamadun Islam untuk melihat kegigihan sebahagian pelajar Sekolah Menengah Imtiaz, membaca al-Quran di masjid itu selama lima hari berturut-turut, mulai 13 Mac ini.

Sepanjang program itu, 30 pelajar SMK Imtiaz Kuala Terengganu akan memperdengarkan bacaan dari ayat-ayat suci al-Quran sehingga 30 juzuk, mulai 9 pagi hingga 6 petang.

19 hektar hutan terbakar

KUALA TERENGGANU - Lebih 19 hektar kawasan hutan di Bukit Kecil di sini musnah dalam kebakaran yang bermula petang semalam, bagaimanapun keadaan kebakaran kini terkawal dengan beberapa kawasan masih mengalami kebakaran kecil.
Penolong Penguasa Bomba Kuala Terengganu Mohd Khairul Anuar berkata, lebih 100 anggota dan pegawai bomba termasuk pelatih dari Akademi Bomba Wakaf Tapai dan Bomba Sukarela Kuala Nerus Manir bertungkus lumus 24 jam untuk mengawal kebakaran itu.

Isnin, Mac 07, 2011

Komplek Sukan Terengganu Equestrian Resort (TER)

Komplek Sukan Terengganu Equestrian Resort (TER), Kuala Ibai, Kuala Terengganu terletak lebih kurang 6 KM daripada Bandar Kuala Terengganu.  Komplek Sukan ini dilengkapi dengan berbagai-bagai kemudahan sukan  seperti Dewan Badminton, Bowling, Squash, Gymnsium, Kolam Renang untuk keluarga. Selain daripada itu disediakan kedai menjual peralatan sukan dan kedai serbaguna yang disediakan bagi kemudahan pengunjung yang mengunjung ke komplek sukan tersebut.  Dipaparkan gambar-gambar yang dirakamkan disekitar Komplek Sukan TER.


Pejabat Baru Kelab Radio Amatur Dan Rekreasi (PEMANCAR) Negeri Terengganu


Telah dilancarkan dengan rasminya pada hari Isnin 07 MAC 2011 jam 1330 hrs di Lot. 1, Tingkat 1, Komplek Sukan Terengganu Equestrian Resort, Kuala Ibai, Kuala Terengganu oleh YBhg. Dato' Ramli Embong.  Turut serta di majlis ringkas perasmian adalah Tuan Haji Amrun - Pengurus TER, Pemangku Presiden PEMANCAR 9W2WSY Wan Mohd Syukri dan rakan-rakan yang lain.

Keselamatan Kebakaran Di Kolej

Berada berjauhan dari rumah menyebabkan anda terpaksa memikul tanggungjawab yang lebih, termasuk menjaga asrama dan kolej bebas daripada kebakaran.

Memasak
  • Anda hanya boleh memasak jika dibenarkan
  • Jika menggunakan dapur, pastikan bersih dan tidak bersepah
  • Elakkan daripada menggunakan perkakas elektrik secara berterusan atau membebankan palam pencucuh elektrik
  • Jangan biarkan aktiviti memasak tanpa diawasi.  Jika api bermula daripada ketuhar mikro gelombang, pastikan pintu ditutup dan tanggalkan plug dari soket.  Jangan cuba untuk memindahkan bekas yang terbakar dari ketuhar mikro gelombang

Keselamatan Barangan Elektrik - JBPM

KESELAMATAN BARANGAN ELEKTRIK
  • Lampu hendaklah ditempatkan di permukaan yang jauh dari apa-apa bahan yang boleh terbakar.
  • Gunakan mentol yang sepadan dengan watt lampu
  • Gunakan pelindung untuk melindungi mentol daripada pecah sekiranya lampu terkena hentaman yang kuat.

Tatacara Penggunaan Alternatif Pencahayaan ( Lilin / Pelita ) - JBPM

Pengendalian lilin / pelita yang tidak betul boleh mengakibatkan bencana. Statistik kebakaran menunjukkan bahawa kebakaran rumah akibat penyalahgunaan lilin / pelita kian meningkat.
  • Pastikan lilin atau sebarang punca api yang digunakan di dalam pengawasan anda.
  • Padamkan semua lilin sebelum meninggalkan bilik atau sebelum tidur.
  • Penggunaan liIin di dalam bilik tidur adalah tidak digalakkan. Jika tidak dapat dielakkan, pastikan lilin diletakkan di tempat yang bebas dari langsir, kain, perabot, majalah dan suratkhabar.
  • Pastikan lilin tidak diletakkan berhampiran dengan cecair mudah bakar.
  • Elakkan memasang Iilin berhampiran tingkap atau pintu, di mana ia terdedah kepada tiupan angin yang boleh mengakibatkan ia mudah terbakar bila bertindak balas dengan api.

Jabatan Bomba Dan Penyelamat M'sia - Tip Keselamatan

Senarai semak ringkas panduan keselamatan kebakaran berikut dapat membantu anda mencegah kebakaran :
  1. Disyorkan supaya memasang alat pengesan asap di setiap tingkat. Tempat yang sesuai ialah pada siling, di dalam kurungan tangga, bilik tidur dan ruang tamu.
  2. Pastikan ada dua laluan kecemasan dari setiap bilik dan semua penghuni tahu serta telah berlatih menggunakannya.
  3. Jangan sekali-kali merokok sambil berbaring di atas katil semasa berada dalam keadaan mengantuk, mabuk atau setelah mengambil ubat-ubatan yang boleh menyebabkan mengantuk.
  4. Gunakan bekas habuk rokok yang besar dan berat. Pastikan puntung rokok dipadamkan sepenuhnya sebelum dibuang.
  5. Elakkan membuat penyambungan atau membebankan litar elektrik.
  6. Letakkan mancis dan pemetik api di tempat yang tinggi supaya tidak boleh dicapai oleh kanak-kanak.
  7. Bekas-bekas yang mengandungi cecair mudah bakar hendaklah disimpan di tempat yang jauh dan selamat dari punca api dan kanak-kanak.
  8. Jangan biarkan lilin menyala tanpa diawasi walaupun sesaat dan jauhkannya dari kanak-kanak.
  9. Anda disyor meletakkkan satu unit Alat Pemadam Api jenis debu kering ataupun jenis gas di rumah.

Terengganu destinasi pilihan pelancong


Kedudukan Terengganu sebagai antara tiga destinasi pelancongan popular di Malaysia pada tahun lepas, seperti yang diumumkan Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA), pastinya menggembirakan banyak pihak.

 Menurut MATTA, Terengganu yang menawarkan pelbagai pakej pelancongan yang menarik di darat, tasik dan pulau, menjadi destinasi popular pelancong dalam dan luar negara bersama-sama Pulau Langkawi dan Pulau Pinang.

Pegawai tadbir jangan ‘ngelat’ – MB


Secara berseloroh, Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, mengingatkan pegawai tadbir negeri Terengganu supaya jangan ‘mengelat’ (menipu) semasa menjalankan tugas harian masing-masing.

Beliau berkata, pegawai tadbir boleh ‘mengelat’ ketika bermain golf supaya mereka menang, tetapi amalan tersebut tidak boleh dibawa ke tempat kerja kerana rakyat akan menanggung bahana.

Ahad, Mac 06, 2011

Gajah betina naik minyak

GUA MUSANG – Tindakan seorang penoreh getah yang cuba menghalau sekumpulan gajah menggunakan mercun bola mengundang padah apabila seekor gajah betina daripada kumpulan tersebut naik minyak dan menyerangnya.