Memaparkan catatan dengan label Kesihatan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kesihatan. Papar semua catatan

Sabtu, Julai 16, 2011

Makan Jering Berlebihan Boleh Rosakkan Buah Pinggang

View Image

KOTA BAHARU, 15 Julai (Bernama) -- Kandungan 'djengkolic acid' dalam jering, sejenis buah yang dijadikan ulam, boleh merosakkan buah pinggang jika dimakan secara berlebihan, kata Pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia Datuk Dr Zaki Morad Mohd Zaher.

Beliau berkata ramai di kalangan masyarakat di negara ini gemarkan jering yang dianggap pembuka selera ketika menikmati juadah nasi tanpa menyedari bahaya buah berkenaan.

Rabu, Januari 05, 2011

16.8 JUTA RAKYAT MALAYSIA GEMUK

Ketika saya membaca akhbar Kosmo 16 November lepas, saya tertarik dengan isu utama muka depan, 'Malaysia negara orang gemuk.'

Menteri Kesihatan Malaysia Datuk Seri Liow Tiong Lai memberitahu bahawa 16.8 juta rakyat Malaysia mempunyai masalah kegemukan dan 8.4 juta daripadanya diketegorikan sebagai 'obese.' Jadi, memandangkan saya terlibat secara lansung dalam industri kesihatan dan kecergasan sejak beberapa tahun lalu, saya ingin kongsikan pengalaman saya.

Benarkah 16.8 Juta Rakyat Malaysia Gemuk? Mungkin. Tetapi itu bukanlah satu kejutan. Obesiti atau masalah berat badan adalah masalah sedunia. Tiga Punca Masalah Berat Badan di Malaysia.

Yang pasti, terdapat banyak faktor yang menyebabkan 8.4 juta rakyat Malaysia dikategorikan sebagai obese. Gaya hidup, pemakanan, kehidupan yang terlalu selesa dan lain-lain. Tetapi ia merupakan masalah semua orang tidak kira samada di Malaysia, Jerman mahupun Amerika Syarikat. Jadi, jom kita lihat 3 punca yang akan saya kongsikan.