Sabtu, April 30, 2011

Kejohanan 'Mountain Bike' Negeri Terengganu 2011



Kejohanan 'Mountain Bike' Negeri Terengganu 2011 berlangsung pada 01/05/2011 mulai jam 8.00 pagi di Pasar Baru Kedai Buloh, Kuala Terengganu.  Seramai 180 orang peserta mengambil bahagian di kejohanan tersebut termasuk pelumba Kebangsaan Anuar Manan yang memakai jersi no. 171.

Rakan-rakan PEMANCAR Negeri Terengganu diberi tanggungjawab membantu dari segi perhubungan disepanjang kejohanan berlangsung sehingga selesai.

Habuan tambahan emas Olimpik

AHMAD Shabery  (tengah) bersama  Tunku   Imran  (dua dari kanan) Zolkples   (kanan),    Zamzairani  (kiri) dan Pengerusi TM, Datuk Dr Halim Shafie pada  majlis menandatangani  MoU  antara TM,  MSN  dan  MOM serta pelancaran “Team Malaysia”,  semalam.
AHMAD Shabery (tengah) bersama Tunku Imran (dua dari kanan) Zolkples (kanan), Zamzairani (kiri) dan Pengerusi TM, Datuk Dr Halim Shafie pada majlis menandatangani MoU antara TM, MSN dan MOM serta pelancaran “Team Malaysia”, semalam.


TM tawar imbuhan RM100,000 sebagai pembakar semangat atlit 

ATLIT negara yang meraih pingat emas di Sukan Olimpik London 2012 bakal menerima tambahan RM100,000 daripada RM1 juta ditawarkan di bawah Skim Hadiah Kemenangan Sukan (Shakam) susulan persetujuan Telekom Malaysia Bhd (TM) memberi imbuhan berkenaan.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, ketika mengumumkan perkara itu berkata kesudian TM menawarkan imbuhan tambahan kepada pemenang emas Olimpik London itu boleh menjadi pembakar semangat untuk atlit negara merangkul emas pertama.

Jumaat, April 29, 2011

Isu Video Seks : Anwar Beri Keterangan Polis

KUALA LUMPUR, 28 April (Bernama) -- Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi hari ini untuk memberi keterangan berkaitan satu video seks yang memaparkan pelaku dikatakan mirip beliau.

Anwar tiba pada 2.50 petang menaiki kereta bersama-sama isterinya Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dan adik iparnya Wan Mokhtar Wan Ismail.

Pada 21 Mac lepas, video itu dipertontonkan kepada beberapa wartawan oleh satu kumpulan dikenali "Datuk T" di Carcosa Seri Negara di sini.

Khamis, April 28, 2011

40,000 rakyat dijangka sertai program lawatan PM


Lebih 40,000 penduduk termasuk urusetia dijangka terlibat dalam lawatan sehari Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak ke Terengganu pada 30 April ini (Sabtu).

Rabu, April 27, 2011

'Eyeball - rakan-rakan Pemancar


Perjumpaan sepontan 'Eyeball' rakan-rakan PEMANCAR berlangsung di Mama Tom Yam, persimpangan lampu isyarat Kg. Sungai Derhaka, Kuala Terengganu pada petang 26 APR 2011.

Terengganu Tempatkan Pengawal Pantai Di Pulau Destinasi Pelancong


KUALA TERENGGANU, 26 April (Bernama) -- Pengawal pantai akan ditempatkan di pulau-pulau yang menjadi destinasi pelancongan di Terengganu bagi memantau keselamatan pengunjung di kawasan berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri Datuk Abdul Rahin Mohd Said berkata buat permulaan seramai 40 pengawal pantai akan ditempatkan di Pulau Lang Tengah, Pulau Redang dan Pulau Perhentian.

Selasa, April 26, 2011

JBPM berjaya selamat harta benda bernilai RM16.3 bilion


Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berjaya menyelamatkan harta benda bernilai RM16.3 bilion dalam kejadian kebakaran di seluruh negara sepanjang tahun lalu.

Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan JBPM, Haji Amer Yusof, berkata daripada jumlah berkenaan RM131 juta harta benda dapat diselamatkan dalam kejadian kebakaran di Terengganu.

60,000 pelajar sekolah menengah terima netbook tahun ini

Seramai 60,000 pelajar sekolah menengah seluruh negeri akan menerima netbook tahun ini dengan peruntukan kira-kira RM60 juta.

Pengarah Pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Pejabat Wilayah Timur, Encik Mohd Shafei Harun berkata, pemberian netbook 1Malaysia melalui program ‘Inisiatif Jalur Lebar Kebangsaan’ yang mula diperkenalkan kerajaan pada pertengahan tahun lalu.

“Semua pelajar yang mempunyai ibu bapa mempunyai pendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan layak menerima pengagihan netbook,” katanya di majlis Penyerahan Netbook 1Malaysia untuk Pelajar Sekolah-sekolah Menengah (SM) dalam Parlimen Kuala Terengganu, di Kompleks Seri Iman, Kuala Terengganu semalam.

Isnin, April 25, 2011

Larian pesisir pantai acara baru Kapas-Marang Swimathon tahun 2012


Kerajaan negeri berhasrat menambah disiplin pertandingan `Kapas-Marang International Swimathon’ dengan acara larian sejauh kira-kira 50 kilometer, bermula dari Pantai Rantau Abang ke Pantai Kelulut, Marang, tahun depan.

Ahad, April 24, 2011

Kelas Ulangkaji RAE - 23/04/2011 di Sport Cafe Kompleks Sukan TER


PEMANCAR - Kelas ulangkaji peperiksaan RAE 2011 telahpun diadakan di Sport Cafe, Komplek Sukan TER, Kuala Ibai, Terengganu.  Tenaga pengajar dikendalikan oleh  9M2VOT Pak Rasad.  Diantara rakan-rakan Pemancar yang menghadiri kelas tersebut ialah Penasihat PEMANCAR - 9W2RWB YBhg. Dato' Ramli Embong, yang akan sama-sama menduduki peperiksaan pada bulan JUN 2011.