Isnin, Mac 07, 2011

Pejabat Baru Kelab Radio Amatur Dan Rekreasi (PEMANCAR) Negeri Terengganu


Telah dilancarkan dengan rasminya pada hari Isnin 07 MAC 2011 jam 1330 hrs di Lot. 1, Tingkat 1, Komplek Sukan Terengganu Equestrian Resort, Kuala Ibai, Kuala Terengganu oleh YBhg. Dato' Ramli Embong.  Turut serta di majlis ringkas perasmian adalah Tuan Haji Amrun - Pengurus TER, Pemangku Presiden PEMANCAR 9W2WSY Wan Mohd Syukri dan rakan-rakan yang lain.

Selain daripada itu, pejabat PEMANCAR yang baru akan dilengkapi dengan peralatan radio terkini, selain daripada kelengkapan yang terdapat didalam Komplek Sukan TER seperti Dewan Makan, Dewan Kuliah, Dewan Gymnasium, Dewan Aerobic, Dewan Badminton, Dewan Bowling, Dewan Squash, Kedai Menjual Peralatan Sukan, Kedai Runcit, Kolam Renang untuk keluarga dan lain-lain kemudahan yang sungguh mengkagumkan.

Bagi memenuhi hasrat YBhg Dato' Ramli serta Pengurus TER Tuan Haji Amrun, kedua-dua mereka telahpun mendaftar menjadi ahli PEMANCAR dengan menggunakan callsign awal yang dipilih oleh beliau iaitu 9W2RWB digunakan oleh YBhg. Dato' Ramli, manakala 9W2ECT digunakan oleh Tuan Haji Amarun.

Oleh yang demikian, segala perjumpaan mendatang bagi ahli-ahli PEMANCAR akan diadakan ditempat yang telah dinyatakan dan akan dibuka setiap hari sehingga jam 12.00 t/malam.

Maklumat lanjut mengenai perjalanan Kelab Radio Amatur Dan Rekreasi (PEMANCAR) Negeri Terengganu akan dipaparkan didalam Laman Web PEMANCAR - http://www.pemancar.org atau http://pemancar9m4rbj.blogspot.com.

Dari Kiri: 9M2BAL Mohd. Iqbal, 9W2WSY Wan Mohd. Syukri, 9W2 ECT Tuan Haji Amron dan 9W2RWB Dato' Ramli

1 ulasan: