Rabu, Jun 15, 2011

ULANGKAJI TERAKHIR RAE SIRI 1-2011


TER 14/06/2011 - Bermula jam 9.00 malam, ulangkaji peperiksaan radio amatur siri 1-2011 telah diadakan di Sport Cafe TER, Kuala Ibai, Kuala Terengganu. Seramai lebih kurang 12 orang rakan-rakan mengambil peperiksaan yang akan diadakan di Universiti Terengganu Malaysia Gong Badak bermula jam 2.30 petang.


Tenaga pengajar yang hadir untuk memberikan taklimat terakhir ialah 9M2 VOT Pak Rasad, 9M2 MSL Mohd. Sukri dan dibantu oleh 9W2 BDE Syamsu Budiman.  Semua rakan-rakan PEMANCAR mendoakan agar semua rakan-rakan yang mengambil peperiksaan berjaya untuk mendapatkan tiket yang diperlukan.














Tiada ulasan:

Catat Ulasan