Jumaat, Januari 07, 2011

Banjir makin buruk di Terengganu 1,638 dipindahkan

KUALA TERENGGANU, 7 Jan. - Keadaan banjir yang melanda Terengganu sejak dua hari lepas bertambah buruk dengan jumlah mangsa yang dipindahkan meningkat kepada 1,638 orang berbanding 692 petang semalam.

Jurucakap Majlis Keselamatan Negara negeri berkata sehingga 9 pagi ini, 935 orang daripada 283 keluarga di Hulu Terengganu dipindahkan berbanding 414 petang semalam manakala di Setiu, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 403 orang berbanding 259 petang semalam.

Daerah Kemaman yang mula dilanda banjir petang semalam, semakin teruk apabila jumlah mangsa meningkat kepada 265 orang berbanding 19 petang semalam.

Di Dungun orang orang daripada dua keluarga dari Kampung Telaga Mas, Paka, dipindah ke Bangunan UMNO Kuala Paka manakala di Marang, dua orang dipindahkan ke dewan orang ramai Kampung Temala semalam. - Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan