SHAH ALAM - Pendirian
membenarkan penggunaan kalimah ALLAH dalam Bible versi Bahasa Melayu satu
langkah seolah-olah merelakan ALLAH Yang Esa dalam ajaran Islam itu
disekutukan, kata Mufti Selangor, Datuk Tamyes Abdul Wahid.
Oleh yang demikian katanya, Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan bahawa kalimah
ALLAH hanya boleh digunakan oleh penganut agama Islam supaya ia tidak
menimbulkan sebarang keraguan di kemudian hari.
"Jika kalimah ALLAH itu digunakan dalam Bible menggantikan 'God' sedangkan
'God' dalam Bible itu adalah 'Trinity', Tuhan yang ada anak, Tuhan yang ada
bapa, Tuhan yang ada isteri, jadi beerti, andai kata kita redha kalimah ALLAH
digunakan dalam Bible, maknanya kita telah pun merelakan ALLAH itu bukan lagi
Esa," katanya ketika diminta mengulas pendirian Pakatan Rakyat berhubung
penggunaan kalimah ALLAH di kalangan bukan Islam.