Ahad, Oktober 02, 2011

LATIHAN KERAS BOMBA SUKARELAWAN SRI NERUS !!


Kuala Nerus 01/10/2011 - Latihan demi latihan yang begitu padat dijalankan oleh Pasukan Sukarelawan Bomba Sri Nerus, demi untuk memertabatkan semangat sukarelawan sempena Majlis Perasmian dan Penyerahan Peralatan Kebombaan yang akan diadakan pada hari ini 02/10/2011 jam 2.30 petang di Perkarangan Pejabat Ahli Parlimen Kuala Nerus. Majlis akan dirasmikan oleh YB Dato' Mohd. Nasir bin Tan Sri Ibrahim Fikri.


Begitu bersemangat sekali rakan-rakan yang terlibat, maklum sajalah perkara yang agak baru untuk mereka-mereka yang tidak pernah melibatkan diri didalam pasukan beruniform. Namun begitu semangat didikasi yang ditunjukkan, mereka mampu melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan.  Syabas. Semangat juang yang begitu tinggi patut dihargai dan menjadi contoh kepada belia dan beliawanis serta penduduk setempat dikawasan Kuala Nerus untuk menceburi pasukan sukarelawan tersebut.








Laporan akan bersambung selepas majlis perasmian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan