Memaparkan catatan dengan label Tasik Kenyir. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tasik Kenyir. Papar semua catatan

Isnin, Ogos 29, 2011

Seminar Dan Pameran Perkembangan Arkeologi Terengganu Pada 25 Sept



Image Detail

KUALA TERENGGANU, 28 Ogos (Bernama) -- Penemuan Bewah Man, rangka manusia di Gunung Bewah, Tasik Kenyir yang dikatakan berusia 13,400 tahun, bakal menjadi tumpuan pada Seminar dan Pameran Perkembangan Arkeologi Terengganu mulai 25 Sept ini.

Penolong Kurator Sejarah Lembaga Muzium Negeri Terengganu (LMNT) Azuan Harun selaku penyelaras pameran berkata antara lain, pameran itu bertujuan menyalurkan maklumat kronologi persejarahan dan budaya negeri melalui penemuan dan pembuktian bahan-bahan arkeologi.

Sabtu, Jun 25, 2011

Peserta Boat On The Road berlepas ke Tasik Kenyir


Kira-kira 800 peserta yang menaiki 200 kenderaan pacuan empat roda menyertai program kembara dan memancing “Boat On The Road” berlepas dari Sri Pentas di Bandar Utama ke Tasik Kenyir, pagi ini.

Acara pelepasan program yang bertujuan mempromosikan Tasik Kenyir sebagai desrinasi pelancongan itu, disempurnakan Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said.

Sabtu, Mei 07, 2011

Tender pembangunan Pulau Bebas Cukai keluar minggu depan


Kerajaan negeri akan mengeluarkan tender dan sebut harga bagi lima pakej pembangunan Pulau Bebas Cukai, di Tasik Kenyir Hulu Terengganu, bermula minggu depan.

Menteri Besar Dato’ Seri Haji Ahmad Said, berkata bagi merealisasikan sebuah kawasan bebas cukai yang serba lengkap, pihak berkaitan sedang giat melaksanakan pembangunan prasarana termasuk Kompleks Bebas Cukai dan Kompleks Kastam yang dirancang dibina di Pulau Bayas, selain mewujudkan rangkaian gedung yang akan menjual barangan berkualiti berkonsepkan Factory Outlet.

Jumaat, Mei 06, 2011

Festival Kenyir Tiga Hari Bermula Hari ini

Tasik Kenyir bakal menjadi tumpuan umum dalam suasana penuh kemeriahan sepanjang tiga hari bermula hari ini Jumaat 06/05/2011 dengan berlangsungnya Festival Kenyir.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said dijangka merasmikan festival itu kira-kira jam 10 pagi.

Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah), Hamzah Ngah berkata, pelbagai acara yang sebahagiannya belum disaksikan seperti belon udara panas dijangka menarik kira-kira 20,000 pengunjung.

Program anjuran agensi itu dengan kerjasama kerajaan negeri serta Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah diadakan sempena sambutan ulang tahun ke-38 Ketengah.

Khamis, April 21, 2011

Festival Kenyir Dijangka Tarik 20,000 Pengunjung

KUALA TERENGGANU, 20 April (Bernama) -- Seramai 20,000 pengunjung dijangka memeriahkan Festival Kenyir yang akan berlangsung selama tiga hari bermula 6 Mei ini.

Program yang julung kali diadakan itu dianjurkan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) dengan kerjasama kerajaan negeri serta Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah sempena sambutan ulang tahun ke-38 Ketengah.

Pengurus Besar Ketengah, Hamzah Ngah berkata, program itu akan diadakan di Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir, di Hulu Terengganu.