Selasa, Jun 07, 2011

MAJLIS PERASMIAN PERKHEMAHAN PONI PERINGKAT KEBANGSAAN 2011 - BHG II


Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin semalam berkenan merasmikan Perkhemahan Poni Kebangsaan 2011 di Terengganu Ekuesterian Resort (TER) di Kuala Terengganu.  Pada majlis tersebut baginda yang diiringi Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah turut menyerahkan plak dan bendera kepada empat kelab poni atau kuda padi yang baru ditubuhkan.

Seri Paduka Baginda berdua juga menyaksikan beberapa persembahan acara poni dan pameran pada perkhemahan selama enam hari sehingga Khamis ini.

Turut hadir pada majlis itu Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said dan Pengerusi Majlis Ekuin Malaysia (MEM) Datuk Seri Mahamad Fathil Mahmood.


























Tiada ulasan:

Catat Ulasan