Sabtu, Februari 05, 2011

GEJALA ROSAKKAN REMAJA

KADAR kelahiran anak tidak sah taraf di kalangan wanita Islam di Terengganu telah mencapai tahap membimbangkan. Menurut Jabatan Pendaftaran Negara Terengganu, tahun 2010 sahaja seramai 623 bayi yang dilahirkan di luar ikatan perkahwinan di negeri itu.

Daripada angka itu, seramai 132 bayi dilahirkan dalam bulan Mei dan September iaitu ‘hasil’ daripada aktiviti seks bebas sempena menyambut Hari Kemerdekaan dan sambutan Tahun Baru.

Jika angka ini dicatat di Terengganu sahaja, bagaimana agaknya di negeri-negeri lain?

Agak menghairankan kerana yang paling ramai terjebak dalam masalah pembuangan bayi dan kelahiran anak luar nikah ialah orang Melayu beragama Islam terutama daripada mereka yang masih remaja dan bersekolah.

Sungguh menyedihkan kerana di sebalik aktiviti penguatkuasaan Jabatan Agama Islam yang kerap dan pelbagai inisiatif lain, masalah ini terus merebak menjadi barah.

Saya cadangkan kerajaan bertindak tegas dengan menyekat akses pengguna kepada laman web porno seperti yang dilakukan oleh negara lain.

Akses Internet kepada laman web lucah di Malaysia sungguh mudah. Taip sahaja ‘Seks Melayu’ maka akan terpampang beribu-ribu pautan kepada laman web lucah yang boleh diakses oleh orang dewasa dan kanak-kanak.

Saya juga menyarankan agar sambutan mengira detik pukul 12 tengah malam untuk sambutan Hari Kemerdekaan dan sambutan Tahun Baru ditiadakan kerana ia lebih banyak mendatangkan mudarat daripada manfaat kepada remaja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan