Selasa, November 16, 2010

2 Meter Secondary & Primary

Saperti kita semua sedia maklum di Malaysia 2 Meter Band adalah frequency
144.000Mhz - 148.000Mhz. Adakah kita semua boleh pergunakan frequency ini
mengikut yang di peruntukan oleh SKMM?

Frequency ini pula terbahagi kepada berikut:

144.000 - 146.000Mhz : Untuk kegunaan Amateur Service (Primary)

146.000 - 148.000Mhz : Untuk kegunaan Amateur Service (Secondary)
Fixed Service dan Mobile (Comercial)

Apakah yang dimaksudkan dengan Primary dan Secondary?

Primary:

Adalah frequency yang diperuntukan khas untuk kegunaan Radio amatur sahaja. (Exclusive for Radio Amateurs only) Maksudnya jika ada mana-mana pihak yang menggunakan freq. ini dengan tiada callsign Amateur dengan tampa AA Class A dan B. Maka mana-mana individu yang memiliki RA Class A atau B bolehlah mengusir individu berkenaan dengan berhemat atau anda boleh melapurkan kepada pihak berkuasa.

Secondary:

Adalah Freq. yang diperuntukan kepada radio Amatur dan juga "Fixed Service and Mobile Service atau lebih jelas lagi freq. ini diguna pakai bersama dengan station comercial yang lain. Contoh jika ada mana-mana individu bukan Radio Amateur menggunakannya di freq 146.175 anda tidak boleh menggangu perkhidmatan mereka. "Subject to no interferance to other service" anda disarankan menggunakan channel V16 - V 48 untuk simplex operation.

Untuk pengetahuan pembaca sekelian sehingga ruangan ini ditulis masih ada lagi terdapat pihak comercial yang menggunakan freq. 146Mhz. Oleh yang demikian jika anda kedengaran mana-mana pihak yang menggunakan jalur ini yang bukan Ham. Anda tidak sepatutnya melompat mengatakan ini freq Ham kerana freq. ini 146.00Mhz-148.000Mhz sebenarnya di kongsi bersama......

Nota: Perlu di ingatkan juga Freq. 145.800 - 146.000Mhz adalah untuk satellite freq.  bukannya untuk kegunaan simplex. Perlu elakan menggunakan freq. ini untuk bekerja di simplex.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan