Khamis, Disember 30, 2010

Pemancar 'Field Day 2010'

Ahli Jawatankuasa Kerja Pemancar 'Field Day 2010' telahpun mengadakan mesyuarat khas pada 29/12/2010 mulai jam 9.30 malam di 9M4CCM, Kg. Telaga Batin, Kuala Terengganu.  Penetapan telahpun dibuat Pemancar 'Field Day 2010' diadakan pada 31/12/2010 mulai jam 3.00 petang hingga malam bertempat di 9M4CCM.  Semua warga Pemancar rakan-rakan HAM serta orang ramai dijemput hadir ke majlis yang diadakan.


Selain daripada itu, mesyuarat juga telah membentangkan cadangan penubuhan Pasukan Bomba Sukarela Cawangan Kuala Nerus, Kuala Terengganu.  Pasukan tersebut dijangka akan dirasmikan pada bulan Februari, 2011.

FIELD DAY 2010

Sabtu, Disember 25, 2010

PANAS BERAPI! ARTIKEL MENGENAI AMAH INDONESIA YANG MESTI ANDA BACA!

Barangkali kalau pembantu rumah yang diambil bekerja di rumah kita segini punya bentuk dan muka, barangkali RAMAI LER YANG BAWAK SEPANDUK, tunjuk perasaan di hadapan pejabat Kementerian Sumber Manusia. Malah ramai jugalah yang berguling-guling di atas jalan raya sambil bawa bendera. Yang tersenyum dan menarik nafas lega barangkali cuma kaum wanita yang sebelum ini setiap masa susah hati dan bimbang kalau laki asyik tersilap bini, atau anak jantan rumaja yang asyik-asyik tersesat masuk ke bilik pembantu rumah. Malah ramai yang sanggup berhenti kerja bagi memastikan pembantu rumahnya sentiasa ada di sisi dan tidak boleh berenggang walaupun sesaat. 

Puncanya, Timbalan Menteri Sumber Manusia, Maznah Mazlan berkata, kerajaan Malaysia telah membekukan pengambilan pembantu rumah dari Indonesia dan mencari 'supplier' yang baru. KLIK SINI

Jumaat, Disember 24, 2010

Perlembagaan Malaysia


Perlembagaan Malaysia, dikenali juga sebagai Perlembagaan Persekutuan mengandungi 183 perkara, adalah undang-undang tertinggi di Malaysia. Ia merupakan satu dokumen undang-undang bertulis yang telah dibentuk berasaskan kepada dua dokumen terdahulu iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan Kemerdekaan tahun 1957.

Persatuan-persatuan Radio Amatur di Malaysia


Malaysian Amateur Radio Transmitters' Society (MARTS) www.marts.org.my
Persatuan Radio Amatur Melayu Utara Malaysia (ASTRA) http://www.astra.org.my/
Malaysian Amateur Radio Emergency Service Society (MARES) www.mares.org.my
Persatuan Radio Amatur dan Komunikasi Melaka (PERAKAM) http://perakam.org
Persatuan Radio Amatur Pahang (PERAMAH) http://www.peramah.org.my/
Kelab Radio Amator Negeri Sembilan (NESRAC) http://www.nesrac.org/
Jalur Selatan Radio Amatur Johor (JASRA) http://www.jasra.org.my/
Persatuan Radio Amatur Perak (PARTS) http://www.parts.org.my/
Kelab Radio Amatur dan Rekreasi Terengganu (PEMANCAR) http://www.pemancar.org/
Kelab Radio Amatur TIME (TIME ARC) www.timearc.org
Persatuan Radio Amatur Selangor (RADAS) http://www.selangorham.org.my/
Kelab Radio Amatur PKG Segamat http://radioamaturpkgsegamat.blogspot.com/
Kelab Komunikasi Radio Amatur Bachok Kelantan (AKRAB) http://akrabonline.blogspot.com/
Portal Radio Amatur Alor Setar (ASHAMRADIO) http://www.ashamradio.com
Amateur Radio Kota Bharu (ARKB) http://www.arkb.org.my
Rakan Radio Amatur Sg. Petani http://www.sphamradio.com
Persatuan Pemancar Radio dan Komunikasi Dua Hala Melaka (MERACC) http://www.meracc.ultramaya.com
Kinabalu Amateur Radio Transmitting Soceity (KARTS) http://www.9m6ktc.net
ILPKS Radio Amateur Sarawak http://www.ilpks.gov.my/amateurradio/
PERSATUAN RADIO AMATUR MELAKA (PERAKAM) http://perakam.blogspot.com
KELAB RADIO AMATUR PENGAKAP SUNGAI BESAR (KERAP) http://www.9m4csb.blogspot.com
KELAB PEMINAT KOMUNIKASI RADIO MERSING (KPKR) http://kpkrmg.blogspot.com/
KELAB PEMANCAR RADIO AMATUR PASIR PUTEH (PUTRA) http://putrappkn.blogspot.com/

Radio amatur


Radio amatur merupakan salah satu daripada jenis komunikasi yang menggunakan peralatan radio danelektronik. Penggunaan radio amatur di dalam bidang komunikasi amatlah luas kerana dapat digunakan bagi menghubungkan seorang yang berada samada di dalam kawasan atau ke seluruh dunia dengan menggunakan set radio amatur yang tertentu pada frekuensi yang tertentu.
Seperti yang diketahui umum bahawa komunikasi menggunakan radio amatur hanyalah sekadar bercakap sahaja, tetapi apa yang berlaku kini dengan perkembangan teknologi komunikasi yang begitu pantas, sistem perhubungan yang dahulunya menggunakan sistem anolog kini telah bertukar kepada sistem digital yang membenarkan kita bukan hanya dapat bercakap sahaja malahan dapat melihat seperti sebuah televisyen yang boleh dipancarkan hampir ke sebahagian besar dunia. Kebanyakan daripada pengguna radio amatur memancarkan signal mereka melalui satelit yang berada pada orbit di dunia ataupun menggunakan bulan sebagai pemantul isyarat bagi memancarkan isyarat yang dipancarkan oleh set mereka.
Terdapat juga sebahagian daripada mereka berkomunikasi menggunakan "kod Morse". Pengendali radio amatur merupakan sebahagian dari penduduk dunia yang mempunyai syarat penggilannya (call sign) sendiri yang merupakan pasport untuk ke seluruh dunia melalui gelombang udara. Sempadan negara, ideologi politik, warna kulit, pangkat atau kedudukan seseorang adalah sama sekali tiada di dalam dunia radio amatur, namun masih terdapat sebahagian kecil lagi negara di dalam dunia ini masih tidak membenarkan penggunaannya di negara sebagai sebahagian dari aktiviti pada masa terluang.

Penganalisa spektrum


Penganalisa spektrum (spectrum analyzer) adalah satu alat pengukuran yang boleh mengambil isyarat (bentuk gelombang) dalam domain masa dan memaparkan spektrum isyarat tersebut dalam domain frekuensi.
Julat frekuensi yang boleh dipaparkan bergantung kepada jenis penganalisa spektrum yang digunakan. Kebanyakannya adalah dalam julat 10 kHz - 2.6 GHz.
Sebagai contoh, penganalisa spektrum yang mempunyai julat 0 - 20 kHz. Penganalisa ini mempunyai 20 penapis (filter) bersebelahan, tiap satu dengan jalurlulus 1000 Hz, tetapi dengan frekuensi tengah (centre frequency) yang berbeza. Penapis pertama melepaskan isyarat berfrekuensi 0 - 1 kHz, penapis kedua 1 - 2 kHz, ketiga 2 - 3 kHz dan seterusnya.
Jika satu isyarat dalam domain masa dimasukkan ke dalam penganalisa spektrum, isyarat tersebut akan melalui penapis secara serentak.
Keluaran tiap penapis adalah berkadaran dengan berapa frekuensi spektrum isyarat masukan. Keluaran ini kemudian diimbas dan dipaparkan pada paparan CRT penganalisa spektrum, iaitu nilai frekuensi pada paksi-x dan magnitud pada paksi-y.

MCMC CLARIFIES ON 700MHZ SPECTRUM ALLOCATION

28 November 2010, Cyberjaya - The Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) wish to clarify on the various media and news reports surrounding the issue of allocation in the 700MHz band to YTL Communications Sdn Bhd (YTL). 

Firstly, no assignment had been issued to YTL for them to offer pay TV broadcasting using the 700MHz band as reported.   The operating licence issued to them on 30 August 2010 is for a content applications service provider individual licence (CASP licence) to provide subscription based Internet Protocol Television (IPTV) services using  their 2.3GHz WiMax network.  The duration of the operating licence is for five years. 
MCMC would also like to clarify that it is assessing a detailed business plan by YTL for the roll out of digital pay TV and not 4G mobile services as reported.   

Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB)

Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB) akan dilaksanakan di kawasan-kawasan tertentu untuk tujuan perniagaan dan ekonomi sementara pendekatan  lain adalah Jalur Lebar untuk Masyarakat Umum (BBGP). 

NBI membahagikan negara kepada tiga zon. Zon satu melibatkan kawasan ekonomi berimpak tinggi seperti kawasan tengah Lembah Klang dan Wilayah Pembangunan Iskandar di Johor. Zon Dua membabitkan kawasan bandar dan separa bandar yang lain manakala Zon Tiga melibatkan kawasan luar bandar. 

Telekom Malaysia akan menawarkan jalur lebar berkelajuan tinggi (HSBB) dengan akses 10 Mbps di zon ini. Penduduk di Zon satu juga akan mendapat akses kepada penyelesaian jalur lebar kompetitif yang lain. Empat kawasan awal yang akan diliputi perkhidmatan TM HSBB ialah Shah Alam, Subang Jaya, Taman Tun Dr Ismail dan Bangsar. 

Kajian Internet jalur lebar mudah alih SKMM 2/2010


Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan menjalankan:

i) Kajian tahunan penggunaan telefon bimbit SKMM
ii) Kajian Internet jalur lebar mudah alih SKMM 2/2010
Ini adalah sebahagian daripada usaha SKMM untuk memantau dan mempertingkatkan mutu industri Komunikasi dan Multimedia di negara ini.
Temu bual untuk mengutip data bagi kajian- kajian di atas akan bermula pada 19 November  sehingga 31 Disember 2010.  Kajian ini akan berlangsung dari jam 10.00 pagi hingga jam 6.00 petang pada hari bekerja, hari Sabtu, Ahad dan hari-hari kelepasan am.  Kajian ini bertujuan untuk mengumpul maklumat dan bukan untuk menjual barang atau mengutip wang.
Walaupun penyertaan adalah secara sukarela, kerjasama daripada pihak awam dipohon agar dapat memberikan maklumat seperti yang dikehendaki.  Maklumat yang dikumpulkan tidak akan dihebahkan ke mana-mana pihak dan akan digunakan semata-mata untuk kiraan statistik-statistik di peringkat kebangsaan.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
Off Persiaran Multimedia
63000 Cyberjaya, Selangor
(u/p: Jabatan Statistik dan Sumber Ilmu)
Tel: +603 8688 8000
+603 22726666
Fax: +603 8688 1006
Talian Percuma : 1 800 888 030www.skmm.gov.my

Khamis, Disember 23, 2010

Pengenal (Callsign)


Dalam bidang komunikasi penyiaran dan radiopengenal (Inggeriscall sign) ialah nama yang diberi kepada stesen pemancar. Di sesetengah negara, pengenal digunakan sebagai nama stesen penyiaran. Pengenal boleh ditetapkan secara rasmi oleh agensi kerajaan, secara tidak rasmi oleh individu atau pertubuhan, ataupun dikodkan secara kriptografi untuk menyamarkan identiti stesen.
Penggunaan pengenal sebagai pengenalan unik digunakan sejak zaman sistem telegraf kereta api bertalian tetap. Disebabkan cuma ada satu talian telegraf yang menghubungkan semua stesen kereta api, maka perlunya cara untuk berhubung dengan setiap satu stesen apabila menghantar telegram. Untuk menjimatkan masa, pengenal dua huruf digunakan untuk tujuan ini. Kaedah pengenal ini diwarisi oleh pengendalian radiotelegraf, apabila syarikat radio pada mulanya menetapkan pengenalan dua huruf pada radio pantai dan stesen atas kapaldi laut. Agar membezakan stesen-stesen di peringkat antarabangsa, ditambah pula pengenalan syarikat satu huruf (contohnya, 'M' diikuti dua huruf untuk sebuah Stesen Marconi). Pada tahun 1912, keperluan mengenal pasti stesen-stesen yang dikendali oleh berbilang syarikat di berbilang bangsa menyeru perlunya piawaian antarabangsa; maka awalan ITU digunakan untuk mengenal pasti negara, dan huruf-huruf lain untuk stesen individu dalam negara itu.

TAHNIAH !!

TAHNIAH 9W2KTB - CIKGU FADZLI EMBONG DAN 9W2KTJ PUAN ROSNANI - telah dikurniakan anak lelaki pada pagi 20/12/2010 di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.  

Antena (radio)

Dibidang elektronika definisi antena adalah "transformator / struktur transmisi antara gelombangterbimbing (saluran transmisi) dengan gelombang ruang bebas atau sebaliknya. Sekarang antena adalah salah satu elemen penting yang harus ada pada sebuah teleskop radioTVradar, dan semua alat komunikasi lainnya yang menggunakan sinyal". Sebuah antena adalah bagian vital dari suatu pemancar atau penerima yang berfungsi untuk menyalurkan sinyal radio ke udara.Bentuk antena bermacam macam sesuai dengan desain, pola penyebaran dan frekuensidan gain. Panjang antenna secara efektif adalah panjang gelombang frekuensi radio yang dipancarkannya. Antenna setengah gelombang adalah sangat poluler karena mudah dibuat dan mampu memancarkan gelombang radio secara efektif.

Rabu, Disember 22, 2010

Majlis Bacaan Tahlil

Majlis Tahlil dan meraikan petugas-petugas yang telah bertungkus lumus mengendalikan pameran (kios) di Terengganu Trade Center yang berlangsung selama 3 hari telah diadakan di base 9M4CCM pada 21/12/2010 mulai jam 9.00 malam.  Selain daripada itu majlis Tahlil diadakan adalah untuk mendoakan kepada semua rakan-rakan kelab yang akan menduduki peperiksaan RAE pada 22/12/2010 jam 2.00 petang hingga 5.00 petang di Dewan Universiti Malaysia Terengganu memperolehi keputusan yang cemerlang.  InsyAllah.

Majlis diketuai oleh 9W2MBT - Cikgu Mohamad

Selasa, Disember 14, 2010

20 pelajar Malaysia berkomunikasi dengan angkasawan NASA


KUALA LUMPUR 3 Nov. - Peluang berhubung dengan seorang angkasawan Agensi Angkasa Lepas Amerika Syarikat (NASA), Douglas H. Wheelock yang kini berada di Stesen Angkasa Lepas (ISS), tidak dilepaskan oleh 20 pelajar sekolah menengah di sini.

Walaupun terpaksa menunggu sehingga pukul 2 pagi sebelum berkesempatan berkomunikasi dengan angkasawan NASA itu, ia tidak menghalang perasaan teruja pelajar terlibat.

Pengarah Planetarium Negara, Azreena Ahmad berkata, aktiviti yang diadakan setahun sekali itu mengumpulkan sekumpulan pelajar sekolah yang akan diberi masa untuk bertanyakan sebarang soalan kepada angkasawan yang berada di ISS dengan menggunakan radio amatur.

"Kali ini seramai 20 pelajar telah diberi peluang untuk bertanyakan sebarang soalan kepada angkasawan terlibat dalam tempoh sembilan minit," katanya ketika ditemui pada sesi komunikasi antara angkasawan NASA dan 20 pelajar sekolah di Planetarium Negara di sini awal pagi ini.

Menurut beliau, program seumpama itu bertujuan memberi pendedahan dan minat kepada pelajar untuk menerokai bidang ilmu angkasa.

"Program sebegini merupakan antara usaha Planetarium Negara menarik minat golongan pelajar untuk meminati sains dan teknologi angkasa," jelasnya.

Selain berpeluang berkomunikasi secara langsung dengan angkasawan NASA, pada sesi tersebut juga setiap pelajar didedahkan dengan pelbagai aktiviti berkenaan sistem cakerawala dan ceramah oleh Angkasawan Negara, Mejar Dr. Faiz Khaleed.

Sementara itu salah seorang pelajar terlibat, Fairuz Nadia Rohani, 17, menyifatkan peluang sekali seumur hidup itu sangat berharga dan berterima kasih dengan kesempatan yang diberikan oleh Planetarium Negara.

"Saya sangat teruja dengan peluang yang diberikan dan pengalaman tersebut akan saya gunakan untuk memajukan diri sendiri," katanya.

Sementara itu pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Klang, Mohd. Farizuan Mohd. Fuad, 16, berharap program seumpama itu akan diteruskan demi melahirkan lebih ramai saintis tempatan dalam bidang angkasa.

"Ketika ini tidak ramai pelajar Melayu yang meminati bidang aeroangkasa dan diharapkan program sebegini dapat memupuk minat mereka," katanya

Belajar teknologi radio amatur


MASJID TANAH - Sekolah Kebangsaan (SK) Ramuan China Besar menjadi sekolah rendah pertama di Melaka yang memuatkan slot penggunaan radio amatur pada program Perkhemahan Tahunannya di sini baru-baru ini.
Menurut Guru Besarnya, Pouziah Ghani, idea aktiviti penggunaan radio amatur tercetus berikutan perkembangan pesat dan kepentingan radio amatur sebagai alat komunikasi alternatif yang berkesan diguna dalam pelbagai aktiviti khasnya perkhemahan.

"Sepanjang tempoh aktiviti, para peserta telah didedahkan dengan teori dan latihan praktikal penggunaan radio amatur dan turut diperkenalkan dengan sistem fonetik, tanda panggilan atau "call sign", perkakasan radio amatur dan etika penggunaan radio amatur," katanya.

Perkhemahan itu disertai 101 peserta Unit beruniform yang terdiri daripada Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM), Tunas Kadet Remaja Sekolah, Pengakap dan Puteri Islam.

Sesi latihan radio amatur dikendalikan oleh jurulatih dari Pusat Kokurikulum Jabatan Pelajaran Negeri Melaka, Rozairi Taib dan Rozi Md. Jahi.

Seorang peserta perkhemahan, Anis Atikah Asmaniza memberitahu, dia berasa sangat bertuah kerana berpeluang mempelajari fonetik dalam radio amatur.

"Kini baru saya sedar bahawa alat yang dikenali sebagai walkie-talkie memerlukan lesen yang sah untuk menggunakannya setelah lulus peperiksaan yang dikendalikan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

"Bila saya berumur 14 tahun nanti, saya mahu mengambil peperiksaan radio amatur ini," katanya penuh semangat.

Aduan SKMM



PANDUAN PENGGUNA 


Membuat aduan baru 


Untuk membuat aduan baru pada bila-bila masa, anda perlu mengisi semua medan-medan maklumat mandatori yang telah ditetapkan untuk memudahkan Biro Aduan Pengguna SKMM membantu anda. 

Semakan Aduan Anda 


Anda cuma perlu menyatakan nombor rujukan aduan anda berserta salah satu nombor/butiran sokongan (no. kad pengenalan, alamat emel atau no. telefon bimbit anda) yang telah didaftarkan bersama aduan tersebut. 


Kemudahan semakan ini boleh digunakan untuk semua jenis aduan yang pernah didaftarkan ke portal Sistem Aduan SKMM samada melalui SMS, Web atau dengan menelefon terus Biro Aduan Pengguna SKMM. 


Sekiranya anda perlu bantuan atau penerangan lanjut berkaitan perkara ini, anda boleh hubungi pihak Biro Aduan Pengguna SKMM di talian 1-800-888-030 (8:30 am - 5:30 pm, Isnin - Jumaat). 



USER GUIDE 


Making a new complaint 


To make a new complaint, users are required to fill in all the mandatory fields in order to allow the MCMC Complaints Beurau to process your complaints faster. 


Verifying Your Complaints 


You will only need to supply the complaint's reference number AND EITHER one of the supporting number/details (I/C Number, Email Address or Mobile Number) which was supplied when your complaint was made. 


The verification facility may be used for all complaints made through the SKMM Complaint System portal wheter through SMS, Web or direct phone call to the MCMC Complaints Beureau. 


If you require further assistance or clarification regarding this matter, please contactMCMC Customer Complaints Beureau at 1-800-888-030 (office hours) 

Penggunaan Radio Amatur Diperluaskan

Isnin, Disember 13, 2010

Semak Peperiksaan RAE

Kepada semua rakan-rakan HAM yang akan menduduki peperiksaan RAE siri ke empat 2010 pada 22/12/2010 boleh membuat semakan di alamat seperti berikut: ttp://rae.skmm.gov.my/semak_2010_4.asp

Peperiksaan Wilayah Timur akan diadakan di Dewan Sultan Mizan, Universiti Malaysia Terengganu, Gong Badak, 21030 Kuala Terengganu, Malaysia.  SELAMAT BERJAYA.