Khamis, Disember 30, 2010

Pemancar 'Field Day 2010'

Ahli Jawatankuasa Kerja Pemancar 'Field Day 2010' telahpun mengadakan mesyuarat khas pada 29/12/2010 mulai jam 9.30 malam di 9M4CCM, Kg. Telaga Batin, Kuala Terengganu.  Penetapan telahpun dibuat Pemancar 'Field Day 2010' diadakan pada 31/12/2010 mulai jam 3.00 petang hingga malam bertempat di 9M4CCM.  Semua warga Pemancar rakan-rakan HAM serta orang ramai dijemput hadir ke majlis yang diadakan.


Selain daripada itu, mesyuarat juga telah membentangkan cadangan penubuhan Pasukan Bomba Sukarela Cawangan Kuala Nerus, Kuala Terengganu.  Pasukan tersebut dijangka akan dirasmikan pada bulan Februari, 2011.












1 ulasan:

  1. Semua Warga Pemancar yang tidak bertugas dan berkesempatan dapat hadir pada pagi 31/12/2010 jam 10.00 untuk membantu 9W2KTB dalam urusan penyediaan tempat.

    BalasPadam